Negara baki

Negara baki ialah baki atau sisa suatu negara yang pada masa dahulu jauh lebih besar, wilayah ini dibiarkan semakin berkurang kerana pemberontakan, pencerobohan negeri lain, penyerbuan yang berjaya berlaku di bahagian bekas wilayahnya.[1] Untuk kes kudeta atau revolusi, kerajaan tidak melarikan diri ke tempat pengasingan kerana kerajaan masih mengendalikan bahagian-bahagian dari wilayah sebelumnya.

Contohnya pada zaman kuno, Negara Xu, yang awalnya menguasai sebahagian besar lembah Sungai Huai,[2] beransur-angsur wilayahnya hanya ada daerah di sekitar ibu kotanya sahaja, mula dari abad ke 7 SM. Contoh yang kedua adalah Kerajaan Inca di Peru hanya tersisa wilayah di Cusco akibat penaklukan Conquistador.

Terdapat pula kes seperti Republik Rakyat China diperintah Parti Komunis serata tanah besar China setelah menumpaskan Republik China yang berpindah ke Pulau Taiwan berikutan Perang Saudara kemudian masih terus menuntutu berkuasa atas seluruh China yang sebelumnya dikuasai hingga kini. Ada beberapa pihak yang menganggap bahawa Republik China di Taiwan sebagai "negara baki", sementara yang lain menganggapnya sebagai pemerintahan di pengasingan.[2][3]

Lihat juga

  • Pemerintah dipembuangan
  • Senarai negeri dan tanggungan yang tidak diiktiraf sejarah
  • negeri boneka
  • Negeri pengganti
  • Pemisahan negara

Rujukan

Preview of references

  1. ^ Tir, Jaroslav (Feb 22, 2005). "Keeping the Peace After Secessions: Territorial Conflicts Between Rump and Secessionist States". Hilton Hawaiian Village, Honolulu: Hawaii Online. http://citation.allacademic.com/meta/p_mla_apa_research_citation/0/7/2/0/5/p72056_index.html. Diperolehi Oct 26, 2014.
  2. ^ Krasner, Stephen D. (2001). Problematic Sovereignty: Contested Rules and Political Possibilities. Columbia University Press. m/s. 148. For some time the Truman administration had been hoping to distance itself from the rump state on Taiwan and to establish at least a minimal relationship with the newly founded PRC.
  3. ^ "TIMELINE: Milestones in China-Taiwan relations since 1949". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada March 4, 2015. 1949: Chiang Kai-shek's Nationalists lose civil war to Mao Zedong's Communist forces, sets up government-in-exile on Taiwan.