Negeri-negeri Republik Weimar
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/07/Weimar_Republic_states_map.svg/500px-Weimar_Republic_states_map.svg.png)
Negeri-negeri Republik Weimar adalah bahagian pentadbiran peringkat pertama dan negeri konstituen Jerman semasa era Republik Weimar. Negeri-negeri ini telah ditubuhkan pada 1918 susulan dari Revolusi Jerman setelah tamatnya Perang Dunia I, dan berdasarkan 21 negeri konstituen Empayar Jerman yang memansuhkan pemerintahan beraja mereka. Negeri-negeri baru diteruskan sebagai republik disamping tiga kota bertaraf negeri yang sedia ada dalam Republik Weimar baru, mengguna gelaran Freistaat ("Negeri Bebas") atau Volksstaat ("Negeri Rakyat").
Senarai negeri
Negeri Bebas
Negeri | Nama penuh | Ibu negeri | Ditubuhkan | Nota |
---|---|---|---|---|
Anhalt | Negeri Bebas Anhalt Freistaat Anhalt |
Dessau | 1918 | Digabung ke Saxony-Anhalt pada 1945. |
Baden | Republik Baden Republik Baden |
Karlsruhe | 1918 | Dipecah menjadi Württemberg-Baden dan Baden Selatan pada 1945. |
Bavaria | Negeri Bebas Bavaria Freistaat Bayern |
Munich | 1918 | |
Brunswick | Negeri Bebas Brunswick Freistaat Braunschweig |
Braunschweig | 1918 | Dipecah dan digabung menjadi Lower Saxony dan Saxony-Anhalt pada 1946. |
Coburg | Negeri Bebas Coburg Freistaat Coburg |
Coburg | 1918–20 | Digabung ke Bavaria pada 1920. |
Hesse | Negeri Rakyat Hesse Volksstaat Hessen |
Darmstadt | 1918 | Dipecah kepada Greater Hesse dan Rhineland-Palatinate pada 1945. |
Lippe | Negeri Bebas Lippe Freistaat Lippe |
Detmold | 1918 | Digabung kedalam North Rhine-Westphalia pada 1947. |
Mecklenburg-Schwerin | Negeri Bebas Mecklenburg-Schwerin Freistaat Mecklenburg-Schwerin |
Schwerin | 1918 | Digabung kedalam Mecklenburg-Vorpommern pada 1933. |
Mecklenburg-Strelitz | Negeri Bebas Mecklenburg-Strelitz Freistaat Mecklenburg-Strelitz |
Neustrelitz | 1918 | Digabung kedalam Mecklenburg-Vorpommern pada 1933. |
Oldenburg | Negeri Bebas Oldenburg Freistaat Oldenburg |
Oldenburg | 1918 | Dipecahkan kepada Lower Saxony, Schleswig-Holstein dan Rhineland-Palatinate pada 1946. |
Prusia | Negeri Bebas Prusia Freistaat Preußen |
Berlin | 1918 | Dimansuhkan pada 1947. |
Saxony | Negeri Bebas Saxony Freistaat Sachsen |
Dresden | 1918 | |
Reuss | Negeri Rakyat Reuss Volksstaat Reuß |
Gera | 1918–20 | Digabung ke Thuringia pada 1920. |
Schaumburg-Lippe | Negeri Bebas Schaumburg-Lippe Freistaat Schaumburg-Lippe |
Bückeburg | 1918 | Digabung ke Lower Saxony pada 1946. |
Thuringia | Negeri Bebas Thuringia Freistaat Thüringen |
Erfurt | 1920 | Digabung dari Negeri-Negeri Bebas Saxe-Weimar-Eisenach, Saxe-Meiningen, Schwarzburg-Rudolstadt, Schwarzburg-Sondershausen dan Negeri Rakyat Reuss. |
Saxe-Meiningen | Negeri Bebas Saxe-Meiningen Freistaat Sachsen-Meiningen |
Meiningen | 1918–20 | Digabung ke Thuringia pada 1920. |
Saxe-Weimar-Eisenach | Negeri Bebas Saxe-Weimar-Eisenach Freistaat Sachsen-Weimar-Eisenach |
Weimar | 1918–20 | Digabung ke Thuringia pada 1920. |
Schwarzburg-Rudolstadt | Negeri Bebas Schwarzburg-Rudolstadt Freistaat Schwarzburg-Rudolstadt |
Rudolstadt | 1918–20 | Digabung ke Thuringia pada 1920. |
Schwarzburg-Sondershausen | Negeri Bebas Schwarzburg-Sondershausen Freistaat Schwarzburg-Sondershausen |
Sondershausen | 1918–20 | Digabung ke Thuringia pada 1920. |
Waldeck-Pyrmont | Negeri Bebas Waldeck-Pyrmont Freistaat Waldeck-Pyrmont |
Arolsen | 1918–29 | Pyrmont digabungkan ke Prusia pada 1921; Waldeck digabungkan ke Prusia pada 1929. |
Württemberg | Negeri Rakyat Bebas Württemberg Freier Volksstaat Württemberg |
Stuttgart | 1918 | Dipecah kedalam Württemberg-Baden dan Württemberg-Hohenzollern pada 1945. |
Kota Bebas dan Liga Hansa
Negeri | Nama penuh | Ibu negeri | Nota |
---|---|---|---|
Bremen | Kota Bebas Liga Hansa Bremen Freie Hansestadt Bremen |
Bremen | |
Hamburg | Kota Bebas Liga Hansa Hamburg Freie und Hansestadt Hamburg |
Hamburg | |
Lübeck | Kota Bebas Liga Hansa Lübeck Freie und Hansestadt Lübeck |
Lübeck | Digabung ke Prusia pada 1937. |
Wilayah-wilayah lain
Selepas Perang Dunia I, Lembah Saar telah diduduki dan ditadbir bersama oleh United Kingdom dan Perancis dari tahun 1920 hingga 1935 dibawah Mandat Liga Bangsa-Bangsa.[1] Selepas pungutan suara diadakan pada 1935, wilayah itu telah dikembalikan kepada Jerman.[2]
Selaras dengan Perjanjian Versailles, bandaraya Danzig (sekarang Gdańsk, Poland) telah dipisahkan dari Jerman pada 15 November 1920 dan berubah menjadi kota bertaraf negeri yang semi autonomi dibawah perlindungan Liga Bangsa-Bangsa.[3][4] Perjanjian itu menyatakan bahawa ia kekal terpisah dari kedua-dua Jerman dan Poland yang baru merdeka, tetapi bukan negara berdaulat sendiri.[5] Selepas Nazi menceroboh Poland pada September 1939, status autonomi kota tersebut telah dibatalkan dan ia diilhak oleh Jerman.
Lihat juga
- Provinsi Prusia
- Negeri-negeri Konfederasi Jerman
- Negeri-negeri Empayar Jerman
- Bahagian-bahagian pentadbiran Jerman Nazi
- Bahagian-bahagian pentadbiran Jerman Timur
- Negeri di Jerman
Rujukan
- ^ Article 45-50 with Annex, Treaty of Versailles
- ^ M G Callagher. "The Saar Plebiscite, 1935". Moodle.kkc.school.nz. Dicapai pada 2014-05-02.
- ^ Loew, Peter Oliver (February 2011). Danzig – Biographie einer Stadt (dalam bahasa German). C.H. Beck. m/s. 189. ISBN 978-3-406-60587-1.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Samerski, Stefan (2003). Das Bistum Danzig in Lebensbildern (dalam bahasa German). LIT Verlag. m/s. 8. ISBN 3-8258-6284-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Kaczorowska, Alina (2010-07-21). Public International Law. Routledge. m/s. 199. ISBN 0-203-84847-0.
- Solsten, Eric (1999). Germany: A Country Study. DIANE Publishing Company. ISBN 0-7881-8179-3.