Negeri FM
![]() | |
Negara | MY |
---|---|
Kawasan penyiaran | Negeri Sembilan |
Frekuensi | Frekuensi Negeri FM |
Tarikh siaran pertama | 1990 |
Format | Radio tempatan |
Bahasa | Melayu Malaysia dan Melayu Negeri Sembilan |
Pemilik | Kerajaan Malaysia |
Tapak web | negerifm |
Negeri FM ialah sebuah stesen radio milik kerajaan Malaysia, di bawah pengurusan Radio Televisyen Malaysia. Negeri FM Frekunesi 92.6 MHz Gunung Telapak Buruk daerah Seremban, dipancarkan ke seluruh Negeri Sembilan. Beroperasi sejak tahun 1990, kini ia beroperasi Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.[1]
Sejarah
Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan, Mohamed Rahmat, dengan nama Radio 3 Seremban. Pada 1998, ia ditukar nama kepada Radio Malaysia Negeri Sembilan. Pada 2005, ia dijenamakan sebagai Negeri FM.
Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Waris NEGERIfm iaitu merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar.
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang terletak di Jalan Sungai Gadut, Seremban telah digunakan sebagai lokasi penyiaran sejak 2007. Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Ja’afar. Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Tuanku Ja’afar.
Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tengku Puan Cik (sempena nama nenda Tuanku Ja’afar) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton.
Penyampai
Rancangan-utama
Isnin - Jumaat
Segmen | Penyampai | Mula | Tamat |
---|---|---|---|
Getaran Pagi | Hazel, Liyana & Shafiq | 06:00 | 10:00 |
Simfoni NEGERIfm | Alin | 10:00 | 14:00 |
Oghok Petang | Ameer, Asyraf, Ebby Yus dan Nen Tebabo | 14:00 | 17:00 |
Alunan Nurani | Sabrina | 17:00 | 20:00 |
Ritma Malam | Bessy, Fadzril, Jaja dan Papa | 20:00 | 00:00 |
Sabtu & Ahad
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Hujung Minggu@NEGERIfm | Suhaily Binti Sumrah | 06:00 - 12:00 |
Hujung Minggu@NEGERIfm | Nur Amira Izzaty Binti Hamzah | 12:00 - 18:00 |
Hujung Minggu@NEGERIfm | Siti Rozana Binti Ahmad | 18:00 - 00:00 |
Frekuensi
Frekuensi | Kawasan | Pemancar |
---|---|---|
92.6 MHz | Seremban | Gunung Telapak Burok |
95.7 MHz | Tampin dan Alor Gajah, Melaka | Bukit Tampin |
107.7MHz | Port Dickson, Gemencheh & Gemas | Gunung Ledang |
Melaka & Johor Utara |
Pautan luar
Pralihat rujukan
- ^ Daud, Mohd Daly & Sailin, Rahmahtunnisah & Johori, Md Rozalafri & Harun, Nursyamimi. (2014). RADIO NEGERI.FM SEBAGAI WADAH PENDIDIKAN ISLAM : SATU ANALISIS.