Noki K-Clique

Ahmad Ikhwan bin Aji (lahir 17 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Noki K-Clique adalah merupakan penyanyi dan pelakon asal kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.[1] Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Clique.

Noki K-Clique
Kelahiran
Ahmad Ikhwan bin Aji

(1994-07-17) 17 Julai 1994 (umur 30)
Nama lainIkhwan Lee
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2012–kini
Kerjaya muzik
GenreHip Hop, Underground, Mainstream
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Black Hat Cat Records
Pengkarya berkait
K-Clique, MK K-Clique, Shiha Zikir, Kaka Azraff, Loca B

Kerjaya

Bakatnya terserlah pada rancangan Showdown musim ketiga tahun 2012, dalam perlawanan itu ia menampilkan sebuah tarian urban berkumpulan yang mana beliau menganggotai kumpulan Kitta Move. Beliau kemudiannya menyertai pertandingan The Band, sebuah rancangan pencarian bakat nyanyian dan tarian siaran Astro pada 2014. Kini beliau menganggotai kumpulan K Clique yang turut dibarisi tujuh ahli lain iaitu MK, Tuju, FareedPF, Gnello, SoMean, KDeaf dan NastyNas.

Deretan lagu yang pernah dirakamkannya bersama K Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Memorabilia (menampilkan XNADS), Licik, Warna, Mimpi (menampilkan Alif), Beg 2 Back, Kamu Okay, Kitta Move, Merais dan Pulang (menampilkan AJ). Lagu-lagu dipopularkannya sebagai penyanyi solo pula seperti Gila (bersama Kaka Azraff dan Loca B), Poyo (bersama Danial Zaini dan Santesh), AEWO (bersama Shiha Zikir), Zoom Zoom Zoom (bersama MK, Gnello, Kidd Santhe dan CatFarish) dan Hati (bersama AJ dan Gnello).

Beliau bersama K Clique pernah tercalon dalam kategori Best Southeast Asian Act di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020, namun kemenangan berpihak kepada penyanyi hip hop Vietnam, Jack. Lagu Gila dendangannya bersama Kaka Azraff dan Loca B diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35. Pada 2025, Noki berlakon dalam Soloz: Game of Life.[2] Dalam filem itu ia membuat sebuah lagu tekno terkenal bersama Hun Haqeem yang bertajuk "Untuk Semua Jiwa".

Kehidupan peribadi

Noki dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah. Bapanya berbangsa Kedayan manakala ibunya berbangsa Orang Sungai.

Diskografi

Single kolaborasi

Tahun Judul Kolaborasi Album
2020 "AEWO" Shiha Zikir Single
"Hati" AJ & Gnello
"Gila" Kaka Azraff & Loca B
2021 "Payung Pelangi" MK K-Clique

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 War On Terror: KL Anarki Zack Filem pertama
2024 Reeza GTR Andika
2025 Soloz: Game of Life Safwan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Oh My Hantaran Mail TV9 Drama pertama
2024 Sebelum Titik Noktah Budi Unifi TV

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Cincin Pusaka TV9 Telefilem pertama

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Showdown (musim 3) Peserta 8TV
2014 The Band Peserta Astro Ria
2019 MeleTOP Dirinya sendiri Bersama K-Clique
Unplugged Dirinya sendiri
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis TV3 Duet bersama MK
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta (Bawang Putih) Astro Warna

Pencapaian

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan Nota
2020 Anugerah Juara Lagu ke-35 Juara Lagu "Gila" Menang Juara Lagu keseluruhan bersama Kaka Azraff & Loca B.
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Finalis Top 12 AEWO Tercalon Duet bersama Shiha Zikir.
Anugerah MeleTOP Era 2021 Lagu MeleTOP AEWO Menang Duet bersama Shiha Zikir.
Grup/Duo MeleTOP Era AEWO Menang Duet bersama Shiha Zikir.

Rujukan

  1. ^ "Biodata Noki K-Clique (Ikhwan Lee), Penyanyi Lagu Gila, Juara AJL 35 (2021)". iluminasi. 2021-03-20. Dicapai pada 2025-01-12.
  2. ^ BERNAMA (2025-01-25). "Noki K-Clique Sets His Sights On A 'fighting' Role". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-27.

Pautan luar