Nurul Huda Abdullah
Maklumat peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama penuh | Nurul Huda Abdullah Ch' Shu Lin | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nama samaran | Ratu Renang | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kewarganegaraan | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Selangor, Malaysia | 31 Julai 1972||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sukan | Renang | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Strok | Gaya bebas, rampaian, kuak kupu-kupu | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
|
Nurul Huda Abdullah Ch' Shu Lin AMN (Cina:莊淑玲, lahir 31 Julai 1972) adalah seorang bekas perenang wanita Malaysia. Beliau ialah cucu kepada presiden Singapura yang ke empat, Wee Kim Wee.[1] Beliau pernah mendapat anugerah Olaragawati Negara 5 tahun berturut-turut(1985-1989). Beliau dianugerahkan Tofi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(Throphy IOC) dalam bidang "Sukan dan Belajar"(Sport and Study) pada tahun 1987.[2] Pada tahun 2004, beliau dilantik masuk ke dalam Dewan Kemasyuran Majlis Olimpik Malaysia(MOM).[3] Beliau juga dilantik sebagai pelari obor olimpik 2008.[4][5][6]
Kerjaya
Peringkat Asia Tenggara
Nurul mewakili Malaysia dalam acara renang Sukan Asia Tenggara(SEA) buat kali pertama pada umur 11 tahun. Dalam Sukan Asia Tenggara 1985, beliau mendapat 7 pingat emas dalam acara 200m, 400m, 800m gaya bebas, 200m kuak lentang, 200m kuak kupu-kupu, 200m dan 400m rampaian perseorangan serta 4x100m rampaian. Beliau juga memecah rekod Sukan SEA dalam 6 acara renang. Dua tahun selepas itu, di Sukan Sea Jakarta beliau terus menyengat dengan meraih 7 emas dalam acara kegemarannya 100m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 200m gaya bebas, 400m gaya bebas, 100m kuak kupu-kupu, 800m gaya bebas dan 200m kuak kupu-kupu. Kerjaya beliau sampai kemuncak di Sukan Sea Kuala Lumpur apabila mendapat pingat 8 emas dalam acara 200m gaya bebas, 200m rampaian perseorangan, 200m kuak lentang, 400m gaya bebas, 400m rampaian perseorangan, 800m gaya bebas, 200m kuak kupu-kupu dan 4x100m rampian. Dengan usaha rakan sepasukan iaitu Jerrey Ong (2 pingat emas), May Tan (2 pingat emas), Jong Su Ting dan Magdeline Goh, pasukan renang Malaysia dengan jumlah 11 pingat emas berjaya menjuarai acara renang Sukan Asia Tenggara buat kali pertama.[7]
Peringkat Asia
Nurul merupakan perenang Malaysia yang pertama memungut pingat dalam acara renang Sukan Asia. Di Sukan Asia 1986, nurul berjaya memungut 2 pingat perak dalam acara 400m gaya bebas, 800m gaya bebas and 2 pingat gangsa dalam acara 200m gaya bebas dan 400m rampaian perseorangan. Selepas gagal memungut sebarang pingat dalam acara renang Sukan Asia 1990, beliau bersara dan meneruskan pengajian dalam bidang psikologi di Melbourne Australia.[1]
Peringkat Olimpik
Nurul juga pernah mewakili Malaysia dalam tiga acara renang Olimpik yang diadakan di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1988 tetapi gagal melayak diri ke pusingan separuh akhir.[8]
Anugerah
- 5 kali Olahragawati Negara (1985-1989)
- Dewan Kemasyuran Majlis Olimpik Malaysia(MOM)
- Tofi Jawatankuasa Olimplik Antarabangsa - Sukan dan Belajar
Nota
- ^ a b "Nurul Huda Abdullah". Ministry of Information, Communications and Culture of Malaysia. Dicapai pada 2012-08-13.[pautan mati kekal]
- ^ "Gallery of IOC Trophies Winner". Olympic Council of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-15. Dicapai pada 2012-8-15. Text "date" ignored (bantuan); Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "OCM Sports Museum and Hall of Fame - Nurul Huda Abdullah Ch'Su-Lin". Olympic Council of Malaysia. 2009. Dicapai pada 2012-8-13. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "Nurul Huda among Olympic torch bearers". The Staronline. 2004-4-22. Dicapai pada 2012-08-13. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Olympic flame captivates KL". The Staronline. 2008-4-22. Dicapai pada 2012-08-13. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Malaysian torchbearers of the Olympic Flame". The Staronline. 2004-5-31. Dicapai pada 2012-08-13. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Nota:Sebenarnya Nurul, May Tan, Jong Su Ting dan Magdeline Goh merupkan rakan sepasukan yang mendapat pingat emas dalam acara renang 4x100m rampaian. Jadi hanya 1 pingat emas yang dikira.
- ^ Petik amaran: Tag
<ref>
dengan namaprofile2
tidak dapat dipratayang kerana ia ditakrifkan di luar bahagian semasa atau tidak ditakrifkan sama sekali.