"One in a million" (Satu dalam Sejuta) merupakan single ketiga oleh penyanyi dari Jepun, Yamashita Tomohisa. Single ini dikeluarkan pada 28 Julai 2010 oleh syarikat Johnny's Entertainment, selepas lapan bulan daripada pelancaran single "Loveless".
Latar belakang
Single "One in a million" (Satu dalam Sejuta) dikeluarkan dalam tiga edisi iaitu edisi biasa serta edisi terhad jenis A dan jenis B. Bagi edisi biasa, ia disertakan dengan dua runut bonus, "My Dear" (Sayangku) dan "World is yours" (Dunia Adalah Milikmu). Untuk edisi terhad jenis A, ia didatangkan dengan DVD berjudul TOMOHISA YAMASHITA "SHORT BUT SWEET" 2009.11.23 manakala jenis B disertakan dengan lagu "Flavor Favor For You" (Rasa Nikmat Untukmu).
Ketika pelancaran single ini, ia berjaya dijual sebanyak 71,040 salinan pada hari pertama jualan dan menduduki tangga pertama dalam carta Oricon pada minggu pertama jualan.[2] Single ini turut menerima pengiktirafan platinum daripada Persatuan Industri Rakaman Jepun.[1]
Tomohisa Yamashita Asia Tour 2011 Super Good Super Bad ·Yamashita Tomohisa Route 66 ~ Tatta Hitori no America DVD Box -Director's Cut Edition- ·TOMOHISA YAMASHITA LIVE TOUR 2012 ~Ero P~