23 Mac 2020 (4 tahun, 1 bulan, 3 minggu dan 6 hari)
Kes yang disahkan
73,322
Sembuh
54,764
Kematian
1,650
Rencana ini menyenaraikan kesan pandemik COVID-19 di Myanmar, dan mungkin tidak termasuk semua tindak balas utama dan langkah semasa.
Garis masa
Januari
Dari 31 Januari, lebih 81 kes disyaki telah dilaporkan, di mana 79 daripadanya diuji negatif. Walau bagaimanapun, ada lebihan 75 kes yang disyaki kekal di bawah kuarantin untuk bulan Mac.[1]
Mac
Pada 23 Mac, Myanmar mengesahkan kes COVID-19 pertama dan kedua. Menjurus kepada pembelian panik dalam kalangan orang awam.[2]
Pada 24 Mac, Myanmar telah melancarkan sekatan komuniti di satu kampung dari Negeri Chin untuk mengawal penyebaran COVID-19.[3]