Pasukan bola sepak kebangsaan Papua New Guinea
Gelaran | Kapuls (Cuscus) | |
---|---|---|
Persatuan | Persatuan Bola Sepak Papua New Guinea | |
Konfederasi | OFC (Oceania) | |
Ketua jurulatih | Santiago Marina | |
Kapten | David Muta | |
Kaps terbanyak | Michael Foster (29) | |
Penjaring terbanyak | Reggie Davani Raymond Gunemba (13) | |
Stadium tuan rumah | Stadium Hubert Murray | |
Kod FIFA | PNG | |
Kedudukan FIFA | 165 ▲ 1 (20 Jun 2024)[1] | |
Kedudukan tertinggi FIFA | 153 (Jun 2017) | |
Kedudukan terendah FIFA | 206 (Oktober-November 2015) | |
Kedudukan Elo | 176 ▼ 18 (21 Jun 2024)[2] | |
Kedudukan tertinggi Elo | 134 (1989) | |
Kedudukan terendah Elo | 188 (2003) | |
| ||
Antarabangsa pertama | ||
![]() ![]() (Suva, Fiji; 29 Ogos 1963)[3] | ||
Kemenangan terbesar | ||
![]() ![]() (Nouméa, New Caledonia; 15 Disember 1987) | ||
Kekalahan terbesar | ||
![]() ![]() (Terengganu, Malaysia; 20 Jun 2023) | ||
Piala Negara-Negara OFC | ||
Kemunculan | 4 (Kali pertama pada 1980) | |
Keputusan terbaik | Naib juara, 2016 |
Rekod pingat | ||
---|---|---|
Sukan Pasifik | ||
![]() |
Port Moresby 1969 | Pasukan |
![]() |
Nouméa 1987 | Pasukan |
![]() |
Port Moresby 2015 | Pasukan |
Pasukan bola sepak kebangsaan Papua New Guinea adalah pasukan kebangsaan Papua New Guinea dan dikawal oleh Persatuan Bola Sepak Papua New Guinea. nama samaran adalah Kapuls,[4][5] yang merupakan Tok Pisin untuk Couscous.
Kedudukan tertinggi Papua New Guinea dalam FIFA adalah 160, pada bulan Jun 2004. Papua New Guinea sebelum ini telah ditinggalkan dalam kedudukan FIFA, setelah tidak bertanding dalam perlawanan antara Julai 2007 hingga Ogos 2011. Kejohanan di Sukan Pasifik 2015 melihat mereka kembali dalam kedudukan FIFA, dan mereka bertanding dalam Piala Negara-Negara OFC 2016 pada Jun 2016.
Sejarah
1963–1978
Pasukan kebangsaan Papua bermain perlawanan pertamanya di Sukan Pasifik Selatan 1963, di mana mereka tumbang kepada Fiji 3-1 dan tersingkir. Dalam Sukan Pasifik Selatan 1966 pula, mereka mencapai perlawanan tempat ketiga, tetapi tewas kepada New Hebrides. Tiga tahun kemudian, mereka mencapai peringkat yang sama, dan mengalahkan pasukan Fiji 2-1 untuk memenangi pingat gangsa.
Dalam Sukan Pasifik Selatan 1971, selepas tewas pada separuh akhir kepada New Caledonia, mereka ditewaskan 8-1 oleh Tahiti dalam permainan tempat ketiga. Empat tahun kemudian, pada Sukan 1975, mereka dikalahkan di peringkat kumpulan oleh Tahiti dan New Caledonia, dan dengan itu, tersingkir pada pusingan pertama.
1979–1995
Pada Sukan Pasifik Selatan 1979, mereka tewas pada suku akhir dengan mata 3–2 menentang Kepulauan Solomon, dan pada fasa pertama kejohanan sagu hati, mereka dikalahkan 2–0 di tangan New Hebrides. Pada tahun berikutnya, mereka bermain dalam Piala Oceania 1980, pelopor kepada Piala Negara-Negara OFC, di mana, walaupun menewaskan pasukan New Hebrides, kekalahan mereka kepada Australia dan New Caledonia meninggalkan mereka di peringkat pertama.
Dalam Sukan Pasifik Selatan 1983, mereka kalah dalam perlawanan tempat ketiga menentang pasukan New Caledonia. Pada edisi 1987, mereka memenangi pingat gangsa sekali lagi dengan menewaskan Vanuatu sebanyak 3-1. Walaupun begitu, dalam dua edisi berikutnya, 1991 dan 1995, mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.
1996–2012
Selepas ketiadaan dalam tiga edisi Piala Negara-Negara OFC disebabkan oleh keputusan buruk yang diperolehi dalam Piala Melanesia, mereka layak ke kejohanan 2002. Mereka hanya memperoleh satu mata dalam keputusan seri 0-0 menentang Kepulauan Solomon, dan tunduk pada pusingan pertama. Dalam Sukan Pasifik Selatan 2003, mereka mempunyai prestasi yang buruk dengan hanya empat mata dalam lima perlawanan.
Selepas tidak mengambil bahagian pada edisi 2007 yang menjadi kelayakan Piala Negara-Negara OFC 2008, mereka tersingkir pada peringkat pertama di Sukan Pasifik 2011 dengan perbezaan gol yang lebih rendah daripada Tahiti yang memperoeleh mata yang sama. Dalam Piala Negara-Negara OFC 2012, mereka seri dengan Fiji dan tewas kepada Kepulauan Solomon serta New Zealand, dan sekali lagi tersingkir di peringkat kumpulan.
2013–sekarang
Pada 2015, Papua New Guinea menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara OFC 2016. Pada peringkat kumpulan, pasukan Papua seri 1-1 dengan New Caledonia, 2-2 menentang Tahiti dan menewaskan Samoa sebanyak 8-0. Selepas mencapai kemenangan di separuh akhir, 2–1 menentang Kepulauan Solomon, mereka tewas menerusi sepakan penalti kepada New Zealand pada perlawanan akhir selepas seri 0–0 selepas masa tambahan.
Rekod kejohanan
Rekod Piala Dunia FIFA | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | BP | M | S | K | JG | GB |
![]() |
Tidak menyertai | ||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() | |||||||
![]() |
Tidak layak | ||||||
![]() ![]() |
Tidak menyertai | ||||||
![]() |
Tidak layak | ||||||
![]() |
Hilang kelayakan* | ||||||
![]() |
Tidak layak | ||||||
![]() | |||||||
Jumlah | Tiada |
* Walaupun pada mulanya disenaraikan oleh FIFA sebagai telah memasuki Piala Dunia 2010, PNG tidak memasuki kejohanan bola sepak pada Sukan Pasifik Selatan 2007, yang telah digunakan sebagai pusingan awal daripada kejohanan kelayakan zon Oceania.
Rekod Piala Negara-Negara OFC | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | Kedudukan | BP | M | S | K | JG | GB |
![]() |
Tidak menyertai | |||||||
![]() |
Pusingan 1 | 6 | 3 | 1 | 0 | 2 | 6 | 22 |
1996 | Tidak layak | |||||||
![]() | ||||||||
![]() | ||||||||
![]() |
Pusingan 1 | 7 | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 12 |
![]() |
Tidak layak | |||||||
2008 | Tidak menyertai | |||||||
![]() |
Pusingan 1 | 7 | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 4 |
![]() |
Naib Juara | 2 | 5 | 2 | 2 | 1 | 11 | 3 |
Jumlah | Terbaik: Naib Juara | 3/9 | 14 | 3 | 4 | 7 | 21 | 41 |
Sukan Pasifik Selatan
Rekod Sukan Pasifik Selatan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Pusingan | ||||||
1963 | Pusingan 1 | ||||||
1966 | Tempat Keempat | ||||||
1969 | Tempat Ketiga | ||||||
1971 | Tempat Keempat | ||||||
1975 | Pusingan 1 | ||||||
1979 | Suku Akhir | ||||||
1983 | Tempat Keempat | ||||||
1987 | Tempat Ketiga | ||||||
1991 | Pusingan 1 | ||||||
1995 | |||||||
2003 | |||||||
2007 | Tidak menyertai | ||||||
2011 | Pusingan 1 | ||||||
2015 | Tempat Ketiga |
Pemain
Skuad terkini
Pemain berikut telah dipanggil bagi perlawanan persahabatan menentang Singapura dan
Malaysia pada Jun 2023.[6]
Kaps dan gol betul selepas perlawanan menentang Kepulauan Solomon pada 27 Mac 2022.
|
Senarai jurulatih
Richard Tamari Nagai (1996)
John Davani (2002)
Steve Cain (2002)
Ludwig Peka (2003–2004)
Marcos Gusmão (2004–2011)
Frank Farina (2011–2013)
Mike Keeney (2013)
Wynton Rufer (2014–2015)
Flemming Serritslev (2015–2018)
Bob Morris (2019–2021)
Marcos Gusmão (2021–2022)
Santiago Marina (2022–kini)
Rujukan
- ^ "The FIFA/Coca-Cola World Ranking". FIFA. 20 Jun 2024. Dicapai pada 20 Jun 2024.
- ^ Elo rankings change compared to one year ago. "World Football Elo Ratings". eloratings.net. 21 Jun 2024. Dicapai pada 21 Jun 2024.
- ^ "Papua New Guinea International Matches". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2022. Dicapai pada 2 Februari 2023.
- ^ "Strikers To Play Papua New Guinea". Steve Pitman, Brisbane Strikers. 30 Mei 2011. Dicapai pada 31 Mac 2012.
- ^ "Farina's PNG aiming to defy odds". Fédération Internationale de Football Association (FIFA). 18 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2014. Dicapai pada 18 Mei 2012.
- ^ "PNG name squad for friendly". 15 Mei 2023.
Pautan luar
- Papua New Guinea Football Association
- "Latest Papua New Guinea Football News", Oceania Football Federation
- National Football Teams
- Pictorial History of PNG Football Kits