Pelukis (buruj)

Pictor
Buruj
Pictor
Nama LatinPictor
SingkatanPic
GenitifPictoris
Sebutan/piktor/,
genitif /piktoris/
SimbolismeKuda-kuda
Pencerapan
(Epok J2000)
4.53 h ~ 6.85
Keserongan−43° ~ −64
SukuanSQ1
KeluargaLa Caille
Keluasan247 darjah persegi (ke-59)
Bintang
Bintang utama3
Bintang Bayer/Flamsteed
15
Bintang dengan planet
6
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
Tiada
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
1
Bintang paling terang
α Pic (3.30m)
Bintang terhampirBintang Kapteyn
(12.77 tc, 3.92 pc)
Objek
Objek MessierTiada
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +26° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Januari.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelukis atau Pictor (Pic) ialah sebuah buruj malap kecil di Hemisfera Samawi Selatan, terletak di antara bintang berlian Canopus dengan Awan Magellan Besar. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud pelukis, tetapi namanya sekarang merupakan sungkatan kepada nama lama Equuleus Pictoris atau Kuda-kuda Pelukis atau Kekuda Pelukis. Biasanya diwakilkan sebagai kekuda, Pictor dicipta dan dinamai oleh Abbé Nicolas Louis de Lacaille pada abad ke-18. Bintang tercerah buruj ini ialah Alpha Pictoris, sebuah bintang jujukan utama putih yang bermagnitud (visual) ketara 3.3 sejauh sekitar 97 tahun cahaya dari Bumi. Pictor juga merumahkan RR Pictoris, satu sistem bintang berubah kataklismik yang memancar sebagai nova, mencapai magnitud 1.2 pada 1925 sebelum memudar menjadi kabur.[a]

Pictor telah menarik perhatian kerana bintang kedua tercerahnya, Beta Pictoris, sejauh 63.4 tahun cahaya dari Bumi, yang dikelilingi oleh suatu cakera debu yang luar biasa yang kaya dengan karbon, serta sebuah planet luar suria. Lima buah lagi bintang dalam buruj ini telah ditemui mempunyai planet. Antaranya ialah HD 40307, sebuah bintang kerdil jingga yang mempunyai enam buah planet yang mengorbitnya, salah sebuah daripadanya—HD 40307 g—ialah sebuah bumi super berpotensi dalam zon kehidupan keliling bintang. Bintang Kapteyn, bintang terdekat dalam Pictor dengan Bumi, ialah sebuah bintang kerdil merah yang terletak sejauh 12.76 tahun cahaya yang ditemui mempunyai dua buah bumi super yang berorbit pada 2014. Pictor A ialah sebuah galaksi radio yang memancarkan jet plasma sepanjang 800,000 tahun cahaya dari sebuah lohong hitam supermasif di pusatnya. Pada 2006, suatu letusan sinar gama—GRB 060729—dicerap dalam Pictor, bara sinar X yang sangat panjangnYa boleh dikesan selama dua tahun selepas itu.

Catatan

  1. ^ Deneb, bintang ke-19 tercerah di langit malam, mempunyai magnitud 1.25.

Rujukan

Kutipan

Sumber

Sumber dalam talian

Templat:Bintang dalam Pictor

Koordinat: Peta langit 05h 00m 00s, −50° 00′ 00″