Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai
Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai | |
---|---|
![]() | |
![]() Lokasi Wilayah Kandahar, Afghanistan. Daerah Panjwai menduduki kawasan barat tengah wilayah itu. | |
Lokasi | Daerah Panjwai, Wilayah Kandahar, Afghanistan |
Koordinat | 31°31′37″N 65°29′56″E / 31.527°N 65.499°E |
Tarikh | 11 Mac 2012 03:00 AFT (UTC+04:30) |
Jenis serangan | Serbuan di tiga rumah, pembunuhan beramai-ramai |
Kematian | 16 orang awam (9 daripadanya kanak-kanak)[1] |
Tercedera | 5 |
Pelaku | Robert Bales ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pembunuhan beramai-ramai di Panjwai berlaku pada awal pagi Ahad, 11 Mac 2012, apabila 16 orang awam terbunuh, termasuk sembilan orang kanak-kanak dan tiga orang wanita, dan lima orang lagi cedera di Wilayah Kandahar, Afghanistan, hinggakan ada mayat yang sudah rentung separa. Antara mangsa yang terkorban ialah sebelas ahli sekeluarga.
Seorang sarjan Tentera Darat Amerika Syarikat yang dipercayai bertindak keseorangan telah ditahan sebagai suspek utama. Tindakan itu dikecam oleh pihak berkuasa Afghan sebagai pembunuhan yang sengaja. Para pihak berkuasa Amerika dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) telah meminta maaf dan menjanjikan siasatan yang cepat dan menyeluruh. Laporan-laporan media menduga bahawa peristiwa ini boleh menjejaskan hubungan Afghanistan–Amerika Syarikat.
Rujukan
- ^ "How it happened: Massacre in Kandahar". BBC news. Dicapai pada 13 Mac 2012.
Pautan luar
- from the scene Mail Online