Pemutar skru

Pemutar skru tangan berkepala rata yang biasa.

Pemutar skru ialah sejenis alat yang digunakan bagi memasang skru. Alat ini terdiri daripada sebatang bilah yang berfungsi mengetatkan atau melonggarkan kepala skru di atas permukaan bergantung kepada arah pusingan yang dikenakan, serta pemegang di satu hujung yang lainnya bagi memudahkan pengguna.

Jenis bilah

Bilah-bilah yang didapati pada pemutar skru bergantung kepada alur skru yang ingin dipasangkan kepada permukaan:

  • Pemutar skru rata akan muat pada kepala skru yang beralur rata. Kepala jenis ini kurang sesuai digunakan pemutar skru berkuasa tinggi kerana kecenderungannya mudah tergelincir.
  • Pemutar skru Philips dan Frearson akan muat pada kepala skru yang beralur silang.
  • Pemutar skru Robertson muat pada kepala skru yang beralur segi empat. Pemutar ini juga boleh digunakan dengan sebelah tangan sahaja kerana ia mampu kekal pada tempatnya di alur walaupun dikenakan pergerakan yang sedikitpun.[1]
  • Pemutar skru hex (juga dikenali sebagai "kunci Allen") muat pada kepala skru beralur segi enam.

Rujukan

  1. ^ Rybczynski 2000, halaman 85–86

Putan luar