Pengeboman Lapangan Terbang Bagram 2007
Pengeboman Lapangan Terbang Bagram 2007 | |
---|---|
Lokasi | Bagram, Afghanistan |
Sasaran | Dick Cheney (dikatakan) |
Tarikh | 27 Februari 2007 10 A.M (GMT+4:30 Kabul (UTC)) |
Jenis serangan | serangan berani mati |
Kematian | 23 |
Cedera | 20 |
Pelaku | Taliban |
Pengeboman pangkalan udara Bagram 2007 merupakan serangan berani mati terhadap Pangkalan Udara Bagram, Afghanistan ketika Dick Cheney, Timbalan Presiden Amerika Syarikat sedang melawat [1]. Bagram terletak 60 km di utara Kabul.
Serangan di pintu pagar itu menjadikan Dick Cheney sebagai sasaran utama kerana pejuang Taliban mendapat maklumat rahsia kedatangannya. Jurucakap Taliban, Qari Yousef Ahmadi menyatakan Osama bin Laden merancang operasi tersebut. Semua ini adalah helah Amerika Syarikat sebagai alasan kukuh untuk terus berada di Afghanistan.
Seorang tentera Amerika Syarikat (nama dirahsiakan), seorang kontraktor Amerika, seorang tentera Korea Selatan dan 20 pekerja Afghanistan terbunuh dalam serangan itu [2].
Rujukan
- ^ The Associated Press (2007-02-27). "Cheney unhurt in blast outside Afghan base". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-01. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ Tang, Alisa (27 Februari 2007). "Cheney OK After Afghan Blast; 23 Killed". Newsday.com.