Perampasan pesawat
Terorisme |
---|
Takrif Sejarah terorisme Konvensyen antarabangsa Undang-undang anti-terorisme Terorisme balas Perang terhadap Terorisme |
Mengikut ideologi |
Komunis Eko-terorisme Narkoterorisme Nasionalis Etnik Agama (Kristian • Islam • Yahudi) |
Jenis dan taktik |
Bioterorisme Bom proksi Nukleus Pengeboman kereta Melanun Perampasan pesawat Pertanian Propaganda perbuatan Persekitaran Serangan bunuh diri |
Penglibatan negara |
Terorisme negara Tajaan negara Amerika Syarikat dan terorisme negara Iran dan terorisme negara Pakistan dan terorisme negara Rusia dan terorisme negara Sri Lanka dan terorisme negara |
Susunan |
Kem latihan terorisme Pejuang yang suka bersendirian Pembiayaan terorisme Pertubuhan topeng terorisme Sistem sel sulit |
Sejarah |
Pemerintahan Ganas Keganasan Merah Keganasan Putih |
Senarai |
Kejadian Pertubuhan amal dituduh berkait terorisme Pertubuhan tentuan |
Perampasan pesawat ialah penyitaan sesebuah pesawat, baik oleh seorang perorangan mahupun oleh sekumpulan orang. Dalam kebanyakan kes, juruterbangnya dipaksa terbang mengikut arahan perampas. Bagaimanapun, terdapat juga kes bahawa perampas sendiri memandu pesawat. Dalam sekurang-kurangnya satu kes, sebuah pesawat dirampas oleh juruterbang rasmi sendiri.[1][2]
Berbeza dengan perampasan kenderaan darat atau kapal, perampasan pesawat biasanya tidak dilakukan untuk merampas barang muatan. Kebanyakan perampasan pesawat dilakukan untuk menggunakan penumpangnya sebagai orang tebusan. Niatnya berbeza-beza daripada menuntut pembebasan banduan yang tertentu (contoh yang paling terkenal merupakan Penerbangan 814 Indian Airlines) hingga menonjolkan ketidakpuasan hati sesuatu komuniti (misalnya Penerbangan 8969 Air France). Ia juga boleh dilakukan supaya menggunakan pesawat sebagai senjata bagi menyasarkan sesuatu lokasi (yang paling terkenal ialah serangan 11 September 2001). Perampas yang lain juga menahan orang tebusan untuk mendapatkan wang tebusan.
Kebanyakan perampasan yang melibatkan orang tebusan menyebabkan satu siri perundingan antara perampas dan pihak berkuasa, disusuli oleh sesetengah bentuk penyelesaian. Bagaimanapun, penyelesaian itu tidak selalu memenuhi apa yang dituntut oleh perampas pada asalnya. Jika perampas masih tidak ingin menyerahkan diri, pasukan khas yang bersenjata sering digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyelamatkan orang tebusan (misalnya Operasi Entebbe).
Lihat juga
- CATSA
- D. B. Cooper
- FBI
- Federal Air Marshal Service
- Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (DHS)
- Keselamatan lapangan terbang
- Serangan 11 September
- Terorisme
- Transportation Security Administration (TSA)
- Senarai rampasan pesawat Cuba-Amerika Syarikat
- Senarai rampasan pesawat India
- Senarai rampasan pesawat yang terkenal
Rujukan
- ^ "Air China pilot hijacks his own jet to Taiwan". CNN. 1998-10-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-21. Dicapai pada 2007-01-25.
- ^ B. Raman (2000-01-02). "PLANE HIJACKING: IN PERSPECTIVE". South Asia Analysis Group. Dicapai pada 2007-01-25.
Pautan luar
- Uli Derickson - Legacy of Courage Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine