Perdana Menteri Israel
Perdana Menteri Israel | |
---|---|
Gelaran | Yang Terutama |
Anggota bagi | Kabinet Israel |
Bidang kuasa | Israel |
Institusi | Kabinet Israel |
Kediaman | Beit Aghion (en) dan Yuliyus Jacob's House, Rehavia (en) |
Penama | Knesset |
Dilantik oleh | Presiden |
Penjawat sulung | David Ben-Gurion |
Dibentuk | 14 Mei 1948 |
Timbalan/naib | Kosong |
Gaji | $170,000 |
Senarai | List of prime ministers of Israel (en) |
Tapak web | pmo |
sunting · sunting di Wikidata |
Perdana Menteri Israel (Bahasa Ibrani: Rosh HaMemshala (ראש הממשלה), harfiah Ketua Kerajaan) merupakan ketua kerajaan dan ketua eksekutif bagi negara Israel. Israel adalah sebuah negara republik dengan presiden sebagai ketua negara. Walau bagaimanapun, kuasa presiden sebahagian besarnya digunakan untuk upacara rasmi kerajaan sahaja. Kediaman rasmi perdana menteri adalah di Beit Aghion, terletak di Baitulmaqdis. Benjamin Netanyahu dari parti Likud, menjadi perdana menteri ke-9 (tidak termasuk penjaga) pada 29 Disember 2022.
Selepas berakhirnya pilihan raya umum, presiden akan mencalonkan ahli Knesset untuk menjadi perdana menteri selepas bertanya kepada pemimpin parti yang mereka sokong untuk jawatan itu. Calon pertama yang dicalonkan oleh presiden mempunyai 28 hari untuk menyusun gabungan untuk mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Beliau kemudiannya membentangkan platform atau manifesto kerajaan dan mesti menerima undi percaya daripada Knesset untuk menjadi disahkan menjawat jawatan perdana menteri. Pada praktiknya, perdana menteri biasanya merupakan pemimpin parti terbesar dalam gabungan pemerintah. Pada tahun 1996 dan 2001, perdana menteri dipilih secara langsung oleh presiden dan secara berasingan daripada Knesset.
Tidak seperti kebanyakan perdana menteri di republik parlimen, Perdana Menteri adalah ketua eksekutif de jure dan de facto. Ini kerana Undang-Undang Dasar Israel secara eksplisit memberikan kuasa eksekutif dalam pemerintahan, yang mana perdana menteri adalah pemimpinnya.
Turutan peralihan
Sekiranya Perdana Menteri semasa meninggal dalam jawatannya, kabinet akan memilih Perdana Menteri sementara untuk menjalankan pemerintahan sehingga pemerintahan baru dilantik untuk berkuasa. Yigal Allon telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sementara setelah kematian Levi Eshkol, begitu juga Shimon Peres dilantik selepas pembunuhan Yitzhak Rabin. [1]
Menurut undang-undang Israel, jika seorang Perdana Menteri sementara tidak mampu mentadbir kerajaan dan tidak meninggal dunia, kuasa tersebut akan dipindahkan kepada pemangku Perdana Menteri, sehingga Perdana Menteri baharu dipilih, sebagai contoh Ehud Olmert mengambil alih jawatan dari Ariel Sharon, berkhidmat sehingga 100 hari. Sekiranya Perdana Menteri dinyatakan tidak mampu secara tetap, atau jangka waktu itu berakhir, Presiden Israel akan mengawasi proses penggabungan pemerintahan baru, dan sementara itu pemangku perdana menteri atau menteri yang ada sekarang dilantik oleh kabinet untuk berperanan sebagai Perdana Menteri interim.
Dalam kes Sharon, pilihan raya telah dijadualkan dalam waktu 100 hari dari awal koma; oleh itu, proses pembentukan gabungan selepas pilihan raya telah mendahului peruntukan darurat untuk pemilihan Perdana Menteri baru. Walaupun begitu, Olmert terus dilantik sebagai Perdana Menteri sementara pada 16 April 2006, setelah pilihan raya, hanya beberapa hari sebelum dia membentuk pemerintahan pada 4 Mei 2006, menjadi perdana menteri yang rasmi.
Kediaman
Selama tempoh jawatannya, Perdana Menteri akan tinggal di Yerusalem. Sejak tahun 1974, kediaman rasmi Perdana Menteri adalah di Beit Aghion, di antara Balfour dan Smolenskin di Rehavia.
Rujukan
- ^ Q&A: Israel's political future BBC News, 11 Januari 2006