Petra

Petra
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Biara di Petra, Jordan
Maklumat am
Inskripsi1985 (sesi ke-9)
Keluasan26,171 he (2.8170×109 ka2)
Laman sesawang
http://www.visitpetra.jo/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
LokasiPentadbiran Ma'an, Jordan Sunting ini di Wikidata
Koordinat30°19′44″N 35°26′25″E / 30.3289°N 35.4403°E / 30.3289; 35.4403
Petra is located in Bumi
Petra
Petra (Bumi)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Petra (Greek "πέτρα" (petra), bermaksud batu; Arab: البتراء, Al-Batrāʾ) adalah sebuah kota bersejarah dan arkeologi yang terletak di Ma'an, Jordan. Ia terkenal dengan gaya senibina potongan batu dan sistem saluran air. Nama lain bagi kota ini adalah Kota Mawar kerana warna batu yang di mana ia diukir.

Ditubuhkan mungkin seawal 312 SM sebagai ibu kota bagi Nabatea,[1] ia menjadi simbol kepada negara Jordan dan menjadi kawasan tarikan ramai pelancong.[1] Petra terletak di cerun Gunung al-Madhbah (dikenal pasti oleh sesetengah pihak sebagai Gunung Hor)[2] di lembangan antara pergunungan yang membentuk sisi timur Arabah (Wadi Araba), lembah besar yang merentang dari Laut Mati ke Teluk Aqaba. Petra telah dipilih sebagai Tujuh Keajaiban Baru Dunia pada tahun 2007 dan Tapak Warisan Dunia sejak tahun 1985. Petra juga dipilih oleh BBC sebagai satu daripada "40 tempat yang anda mesti lihat sebelum mati".[3]

Tapak ini tidak diketahui oleh Dunia Barat sehingga tahun 1812, apabila ia diperkenalkan oleh seorang penjelajah Switzerland Johann Ludwig Burckhardt. Ia diperincikan sebagai "a rose-red city half as old as time" oleh seorang pemenang soneta Hadiah Newdigate iaitu John William Burgon. UNESCO memperincikan ia sebagai "satu harta budaya paling berharga dari warisan kebudayaan manusia."[4]


Nota

  1. ^ a b Major Attractions: Petra, visitjordan.com
  2. ^ Mish, Frederick C., Editor in Chief. “Petra.” Webster’s Ninth New Collegiate Dictionary. 9th ed. Springfield, Massachusetts: Merriam-Webster Inc., 1985. ISBN 0-87779-508-8
  3. ^ Davey, Steve. "Unforgettable Places To See Before You Die", BBC, 12 December 2003.
  4. ^ UNESCO advisory body evaluation

Rujukan

Pautan luar

  • PetraNationalTrust.org, Preservation Projects Petra National Trust
  • Smartedaleel.com Diarkibkan 2019-09-12 di Wayback Machine, Interactive map of Old Petra
  • Bib-arch.org, "Solving the Enigma of Petra and the Nabataeans", Biblical Archaeology Review
  • Opencontext.org, "Petra Great Temple Excavations (Archaeological Data)", Open Context Publication of Archaeological Data from the 1993-2006 Brown University Excavations at the Great Temple of Petra, Jordan