Johor Darul Ta'zim dari Malaysia merupakan juara bertahan dalam edisi kali ini[1]
Untuk edisi Piala AFC 2016, Johor Darul Ta'zim terkandas di peringkat Separuh Akhir ditewaskan oleh kelab dari India, JSW Bengaluru FC.
Peruntukan kemasukan bagi persatuan
Jawatankuasa Pertandingan-pertandingan AFC telah mencadangkan perubahan dalam pertandingan-pertandingan kelab AFC pada 25 Januari 2014,[2] yang telah diperbetulkan oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC pada 16 April 2014.[3] Satu technical ranking pada tahun 2014 telah di keluarkan oleh AFC berdasarkan prestasi pasukan-pasukan kebangsaan dan kelab-kelab ahli gabungan dalam tempoh empat tahun yang terakhir di dalam pertandingan-pertandingan AFC dengan peruntukan slot-slot untuk edisi tahun 2015 dan 2016 pertandingan-pertandingan kelab AFC ditentukan oleh ranking tersebut:[4]
24 ahli-ahli gabungan (MAs) yang teratas berdasarkan ranking tersebut yang tidak dapat slot-slot automatik dalam Liga Juara-Juara AFC layak untuk menyertai peringkat kumpulan Piala AFC (termasuk pasukan-pasukan yang kalah dalam kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC)
Ahli-ahli gabungan dalam kedudukan 25 hingga 32 layak untuk menyertai peringkat kumpulan Piala AFC dan ahli-ahli gabungan dalam kedudukan 32 hingga 47 adalah layak untuk menyertai kelayakan play-off Piala AFC (termasuklah pasukan-pasukan yang pernah menyertai Piala Presiden AFC, di mana edisi terakhirnya adalah pada tahun 2014).
Jawatankuasa Pertandingan AFC telah membuat keputusan mengenai penyertaan ahli-ahli gabungan dalam edisi 2015 dan 2016 Piala AFC pada 28 November 2014.[5][6][7]
Pasukan-pasukan dalam italics akan bertanding dalam Kelayakan play-off Liga Juara-Juara AFC 2016 (jika mereka lulus syarat-syarat perlesenan kelab), dan akan bertanding dalam peringkat kumpulan Piala AFC seandainya mereka gagal mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (jika mereka berjaya mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC, mereka akan digantikan oleh pasukan lain dari persatuan yang sama).
^ abIndonesia (IDN): Liga Super Indonesia 2015 dan Piala Indonesia 2015 telah ditangguhkan secara rasminya oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia pada 2 Mei 2015 disebabkan larangan menjalankan apa-apa pertandingan bola sepak oleh Imam Nahrawi, Menteri Hal Ehwal Belia dan Sukan.[8]
^Singapura(SIN): Oleh kerana Brunei DPMM, pasukan yang diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei tidak layak untuk menyertai apa-apa pertandingan AFC, telah menjuarai S.League 2015, maka naib juara liga telah dipilih untuk mewakili Singapura dalam Piala AFC kali ini.
Enam pasukan berikut masuk ke pusingan kelayakan, bertanding di tempat-tempat berpusat (pasukan-pasukan tidak dibahagikan mengikut zon untuk pusingan kelayakan).[6][9][10]
Pasukan
Kaedah kelayakan
Penampilan
Penampilan terakhir
Kemasukan ke pusingan kelayakan
Alga
Tempat ketiga Liga Kyrgyzstan 2014
Pertama
tiada
Sheikh Jamal Dhanmondi
Juara Liga Perdana Bola Sepak Bangladesh 2013-14
Pertama
tiada
K-Electric
Juara Liga Perdana Pakistan 2014-15
Pertama
tiada
Druk United
Juara Liga Kebangsaan Bhutan 2014
Pertama
tiada
Benfica de Macau
Juara Campeonato da 1ª Divisão do Futebol 2015
Pertama
tiada
Khoromkhon
Juara Liga Perdana Mongolia 2014
Pertama
tiada
Jadual
Berikut adalah jadual perlawanan (semua undian diadakan di ibu pejabat AFC di Kuala Lumpur, Malaysia).
[11]
Undian pusingan kelayakan telah diadakan pada 29 Jun 2015. Pasukan-pasukan telah diundi mengikut pencapaian persatuan mereka dalam Piala Presiden AFC 2014:
[10]
Undian bagi peringkat kumpulan akan diadakan pada 10 Disember 2015. 32 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan, 4 pasukan setiap kumpulan. Pasukan-pasukan dari ahli persatuan yang sama tidak boleh diletakkan dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan bermain secara timbal-balik. Juara dan naib juara kumpulan layak ke pusingan kalah-mati.