Picea

Picea
Julat zaman: Valanginia–Kini
Picea abies
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Pinales
Keluarga:
Pinaceae
Subkeluarga:
Piceoideae
Spesies jenis
Picea abies
(L.) H. Karst.
Species

About 35; see text.

Genus Picea[1] merangkumi kira-kira 35 spesies pokok malar hijau konifer pokok dalam cabang tunggal Piceoideae keluarga Pinaceae yang ditemui di kawasan-kawasan utara beriklim sederhana dan boreal (taiga) Bumi.

Pokok-pokok ini tumbuh mencapai ketinggian dari kira-kira 20 hingga 60 m apabila matang dengan dedahan yang pecah menyerak dari batang membentuk rupa kon. Dedaunnya tirus jarum bersegi empat sisi tumbuh banyak sepangkal kecil (pulvinus atau sterigma[2]) dengan buah kerunjung (tanpa sebarang brakta menonjol) yang menjuntai turun setelah disenyawakan.[3]

Spesies-spesies wujud

Sebanyak 35 spesies dari genus ini yang diketahui wujud di dunia termasuk 59 nama pokok diterima yang barangkali bertindihan.[4]

  • Picea breweriana – di Pergunungan Klamath, pantai barat Amerika Utara; endemik tempatan
  • Picea sitchensis – di pantai Pasifik Amerika Utara; spesies terbesar, tumbuh setinggi 95 m
  • Klad I (Utara dan barat Amerika Utara, di hutan boreal atau gunung tinggi)
    • Picea engelmannii – di pergunungan barat Amerika Utara
    • Picea glauca – cemara putih, utara Amerika Utara; penting dalam perhutanan
  • Klad II (di seluruh Asia, kebanyakannya di kawasan pergunungan, beberapa populasi terpencil di kawasan tinggi Mexico)
    • Picea brachytyla – di barat daya tanah besar China
    • Picea chihuahuana – di barat laut Mexico (jarang berlaku)
    • Picea farreri – di timur laut Burma dan pergunungan barat daya China
    • Picea likiangensis – di barat daya China
    • Picea martinezii - di timur laut Mexico (sangat jarang, terancam)
    • Picea maximowiczii – di Jepun (jarang, gunung)
    • Picea morrisonicola - di pergunungan tinggi Taiwan
    • Picea neoveitchii – di barat laut China (jarang, terancam)
    • Picea orientalis – di Caucasus, timur laut Turki
    • Picea purpurea – di barat China
    • Picea schrenkiana – di pergunungan Asia tengah
    • Picea smithiana – di Himalaya barat, Afghanistan timur, utara dan barat laut India
    • Picea spinulosa – di timur laut India (Sikkim), timur Himalaya
    • Picea torano – di Jepun
    • Picea wilsonii – di barat China
  • Klad III (Eropah, Asia, dan Amerika Utara, kebanyakannya di hutan boreal atau kawasan pergunungan)
    • Picea abies - cemara Norway, Eropah; penting dalam perhutanan, pokok Krismas yang asli
    • Picea alcoquiana – (" P. bicolor ") Alcock's spruce, tengah Jepun (gunung)
    • Picea asperata – di barat China; beberapa jenis
    • Picea crassifolia - di Qinghai, China
    • Picea glehnii – di utara Jepun, Sakhalin
    • Picea jezoensis - di timur laut Asia, Kamchatka selatan ke Jepun
    • Picea koraiensis – cemara Korea, Korea, timur laut China
    • Picea koyamae – di Jepun (gunung)
    • Picea mariana – di utara benua Amerika Utara
    • Picea meyeri – di utara China (dari Mongolia Dalam ke Gansu)
    • Picea obovata – di Siberia, Scandinavia utara, Siberia ; sering dianggap sebagai varian P. abies (bahkan saling berkacukan), tetapi mempunyai buah kerunjung yang berbeza
    • Picea omorikaendemik di Serbia dan Bosnia
    • Picea pungens – di Colorado, Rocky Mountains, Amerika Utara; penting dalam hortikultur
    • Picea retroflexa – di China
    • Picea rubens – di timur laut Amerika Utara

Kegunaan

Kayu spruce dari spesies P. abies

Kayu jenis pokok-pokok dari genus ini (diberi nama bahasa Inggeris: spruce) berguna sebagai bahan binaan dalaman bangunan, ia hanya mampu bertahan lebih daripada 12–18 bulan bergantung pada jenis iklim sekitar yang didedahkan.[5] Kayu spruce ini juga bahan lazim dalam pembuatan papan bunyi banyak alat bertali termasuk gitar, mandolin, selo, biola serta dalam binaan piano dan hap.

Pucuk segar dedaun pokok banyak spesies genus ini merupakan sumber semula jadi vitamin C: masyarakat peribumi pesisir timur Kanada sering memakan pucuk-pucuk segar pokok sejenis untuk tujuan ini,[6] James Cook ada juga dicatatkan menggunakan tunas pucuk sedemikian dalam pembuatan bir gula untuk pencegahan sakit skurvi dalam kalangan anak kapalnya.[7][8]

Batang-batang muda pokok Picea sering digunakan peribumi Amerika Utara sebagai bahan menganyam bakul dan kanu.

Rujukan

  1. ^ Sunset Western Garden Book, 1995:606–607
  2. ^ Hart, G. T. (2018). Plants in Literature and Life: a wide-ranging dictionary of botanical terms. FriesenPress. ISBN 978-1770674417.
  3. ^ "Pine Relatives". Lovett Pinetum. Dicapai pada 2018-08-27.
  4. ^ "Search results – The Plant List". www.theplantlist.org.
  5. ^ "Picea Genus (spruce)". American Conifer Society. American Conifer Society. Dicapai pada 13 June 2019.
  6. ^ "Tree Book - Sitka spruce (Picea sitchensis)". British Columbia Ministry of Forests, Lands and Natural Resource Operations. Dicapai pada 29 Julai 2006.
  7. ^ Crellin, J. K. (2004). A social history of medicines in the twentieth century: to be taken three times a day. New York: Pharmaceutical Products Press. m/s. 39. ISBN 978-0789018441.
  8. ^ Stubbs, Brett J. (June 2003). "Captain Cook's beer: the antiscorbutic use of malt and beer in late 18th century sea voyages". Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. 12 (2): 129–137. PMID 12810402.