Prabowo Subianto

Yang Berbahagia Leftenan Jeneral TNI (Purn.) Datuk Seri Haji

Prabowo Subianto

D.G.S.M. (Melaka)
Prabowo Subianto Djojohadikoesoemo
Kementerian Pertahanan Republik Indonesia ke-26
Memegang jawatan
23 Oktober 2019
PresidenJoko Widodo
Naib PresidenMa'ruf Amin
Didahului olehRyamizard Ryacudu
Danjen Kopassus 15
Dalam jawatan
1 Disember 1995 – 20 Mac 1998
PresidenSoeharto
Didahului olehSubagyo Hadi Siswoyo
Digantikan olehMuchdi Purwoprandjono
Panglima Kostrad 22
Dalam jawatan
20 Mac 1998 – 22 Mei 1998
PresidenSoeharto
B.J. Habibie
Didahului olehSoegijono
Digantikan olehJohny Lumintang
Butiran peribadi
LahirPrabowo Subianto Djojohadikoesoemo
(1951-10-17)17 Oktober 1951
Jakarta, Indonesia
Kerakyatan Indonesia
Parti politikGerindra
Anak-anakDidiet Hediprasetyo Djojohadikoesoemo
ProfesionTNI, Politisi Tentera, Penguasa lahan,
Perkhidmatan ketenteraan
Perkhidmatan/
cawangan
Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat
Tahun perkhidmatan1974–1998
Pangkat Leftenan Jeneral
PertempuranOperasi Seroja

Yang Berbahagia Leftenan Jeneral TNI (Purn.) Datuk Seri Haji Prabowo Subianto Djojohadikoesoemo, D.G.S.M, Melaka (lahir 17 Oktober 1951 di Jakarta) ialah seorang politisi, pengusaha, perwira tinggi militer dan Menteri Pertahanan Indonesia di bawah kepemimpinan Presiden Joko Widodo. Lahir di Jakarta, anak jawa kepada Soemitro Djojohadikoesoemo dan selalu keluar negara bersama bapanya. Bapa saudaranya Soebianto Djojohadikoesoemo terkorban dalam Pertempuran Lengkong 1946. Beliau pelajar di Akademi Militer 1974 dan menjadi Panglima termuda semasa Operasi Tim Nanggala di Timor Leste. Kerjayanya meningkat semasa mendalangi Kasus Ratna. Terakhir beliau bertugas sebagai Panglima Komando dua bulan sehingga kejatuhan Presiden Soeharto pada Mei 1998.

Setelah diberhentikan, Prabowo ke Jordan dan negara Eropah lain mempelajari bidang perniagaan bersama adiknya Hashim Djojohadikoesoemo dalam niaga minyak. Pada 2008 dia dan rakan membentuk Partai Gerakan Indonesia Raya. Ia merupakan rakan dari Presiden Republik Indonesia ketujuh, Joko Widodo, yang pada 2014 dan 2019 bertarung dalam pilihan raya presidential Indonesia namun kalah. Meskipun kalah bertarung dalam pilihan raya, dengan segala kerendahan hati dan berjiwa besar Prabowo tetap ikhlas mengakuinya, dan setia membela Jokowi sebagai kepala negara atau presiden. Selepas pilihan raya, 23 Oktober 2019, Jokowi menunjuk Prabowo menjadi Menteri Pertahanan dan selalu diikutsertakan dalam visit kenegaraan. Seluruh agenda kerja Jokowi pun didukung oleh Prabowo.

Kehidupan Pribadi

Prabowo (berdiri di kanan atas) bersama keluarganya.

Prabowo adalah anak dari Soemitro Djojohadikusumo, seorang Nasrani, dan Dora Marie Sigar. Ibunya meninggal dunia di Singapura.[1] Beliau adalah cucu Margono Djojohadikusumo mengasas Bank Negara Indonesia dan Ketua DPA pertama.Dia mempunyai dua kakak perempuan, Biantiningsih Miderawati dan Maryani Ekowati, dan seorang adik, Hashim Djojohadikusumo.

Prabowo bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dan Zurich International School Zurich (1963-1964),; seterusnya meneruskan pendidikan asing di The American School in London di London (1964-1967). Pada tahun 1970 sambung belajar di Akademi Militer di Magelang.

Operasi di Timor Timur

Pada tahun 1976, Prabowo terlibat dalam Operasi Tim Nanggala di Timor Leste ketika usia26 tahun dan merupakan komandan termuda dalam operasi itu. Pasukannya berjaya menangkap Nicolau dos Reis Lobato ketua FRETILIN yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Timor Leste yang pertama dan berjaya ditahan di Dili. Nicolau Lobato tertembak di perut saat bertempur di Lembah Mindelo pada 31 Disember 1978.[2]

Pada akhir tahun 1992, Xanana Gusmao berhasil ditahan dalam operasi pimpinan beliau.[3] setelah mendapatkan ,aklumat tempat persembunyian Gusmao diperoleh dari perbualan telefonnya dengan José Ramos-Horta.[3]

Kopassus

Pada tahun 1983, Prabowo ditugaskan dalam Detasemen 81 memerangi keganasan. Beliau selesai menjalani latihan 'Special Forces Officer Course' di Fort Benning, Amerika Syarikat. Prabowo diberi tanggungjawab sebagai Komandan Batalion Infantri Lintas Udara. Pada tahun 1995, beliau sudah mencapai jabatan Komandan Komando Pasukan Khusus, dan hanya dalam setahun sudah menjadi Komandan Jenderal Komando Pasukan Khusus.[4]

Operasi Pembebasan Sandera Mapenduma

Operasi Pembebasan Sandera Mapenduma pimpinannya berjaya membebaskan tawanan warga Indonesia dilakukan Organisasi Papua Merdeka tahun 1996. 10 dari 12 orang dalam Ekspedisi Lorentz '95 berjaya dibebaskan. 5 orang dari Indonesia dan 7 lainnya dari Inggeris, Belanda dan Jerman[5]. Semasa operasi, pasukan ini menyalahgunakan lambang Palang Merah pada helikopter putih untuk menipu anggota OPM.[6][7]

Mendaki Gunung Everest

Pada tanggal 26 April 1997, pasukan nasional Indonesia berjaya mengibarkan bendera Indonesia di puncak Gunung Everest merentasi laluan Nepal.[8] Ekspedisi ini bermula pada 12 Mac 1997 dari Phakding, Nepal.

Dalang 1998

Panglima Kodam Jaya meminta bantuan Prabowo untuk tragedi Jakarta tahun 1998 ekoran rusuhan reformasi .Beberapa bangunan penting seperti rumah dinas Wakil Presiden B.J. Habibie di Kuningan berjaya diamankan. Tetapi peranannya dipertikaikan. Beliau berhasil memujuk Amien Rais agar membantalkan perhimpunan di Monas.

Pada 14 Mei 1998 ,Prabowo bertemu dengan tokoh reformis seperti Adnan Buyung Nasution, Setiawan Djodi, Rendra, Bambang Widjajanto dan lain-lain seakan-akan peranan Suharto pada tahun 1965. Beliau tidak ingin rampasan kuasa tentera kerana akan mencetuskan pelbagai kekacauan.[9]

Rujukan

  1. ^ Ibu Prabowo Meninggal di Singapura. Diakses dari situs berita kompas pada 5 Mei 2014
  2. ^ Ken Conboy (2003). Kopassus: Inside Indonesia's Special Forces. Equinox Publishing. ISBN 9789799589880.
  3. ^ a b Friend, T. (2003). Indonesian Destinies. Harvard University Press. m/s. 276. ISBN 0-674-01137-6.
  4. ^ Conboy, Ken (2003). Kopassus: Inside Indonesia's Special Forces. Equinox Publishing
  5. ^ Mapenduma (12 Januari 2004). "Membebaskan Sandera Cara Mapenduma". Tempo Interaktif. Dicapai pada 28 Disember 2011.
  6. ^ Cite warning: <ref> tag with name prabowoft cannot be previewed because it is defined outside the current section or not defined at all.
  7. ^ Davis, Mark (12 Juli 1999). "Blood on the Cross". Four Corners, Australian Broadcasting Corporation. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "Ekspedisi Mount Everest". Kopassus. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-24. Dicapai pada 18 April 2014.
  9. ^ https://www.sindonews.com/topic/1690/prabowo-subianto