Purpura trombositopenia idiopati
Idiopathic thrombocytopenic purpura | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | D69.3 |
ICD-9 | 287.31 |
OMIM | 188030 |
P. Data Penyakit | 6673 |
MedlinePlus | 000535 |
eMedicine | emerg/282 |
MeSH | D016553 |
Penafian perubatan |
ITP atau idiopathic thrombocytopenic purpura adalah penyakit kekurangan platelet yang disebabkan faktor-faktor yang masih belum diketahui. Ia dibahagikan kepada dua klasifikasi; akut iaitu jika sembuh dalam jangka 6 bulan dan kronik jika penyakit berterusan selama 6 bulan atau lebih. Penyakit ini berpunca daripada kekurangan sel platelet didalam darah yang berfungsi membantu pembekuan darah. Sebab-sebab berlakunya keadaan ini adalah kehadiran antibodi anti-platelet yang dihasilkan dari limpa. Antibodi anti-platelet ini ialah sejenis protein yang memusnahkan platelet pesakit. Masih tidak diketahui sebab-sebabnya, namun yang nyata kebanyakan pesakit ada sejarah selesema dan jangkitan virus.