Riba
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Fiqah Ekonomi |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
Riba ertinya adalah al-ziyadah (tambahan). Daripada segi bahasa, bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia bermaksud penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman manakala dalam pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.
Sejarah
Aristotle cadang untuk haramkan riba kerana beliau berpendapat itu sesuatu jahat[1].
Firman Allah s.w.t.
- Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2): 278
- Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279.
- Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-Rum (30): 39
Ayat di atas jelas menegaskan bahwa selebihnya dari pokok harta adalah riba, baik itu sedikit maupun banyak.
Riba Zaman Jahiliyyah
Pada zaman Jahiliyyah, riba terkenal dengan dua model yaitu riba nasi'ah dan riba fadhl:
Riba Nasi'ah
1. Menurut Qatadah, riba al-nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.
2. Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang berhutang berkata kepada pemberi hutang, "Hutang saya akan saya bayar "sekian (lebih)" dengan syarat anda melanjutkan tempohnya kepada saya". Lalu orang itu melanjutkan waktunya.
3. Abu Bakar Al-Jashshah mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah riba hanya pinjaman berjangka dengan penambahan bunga bersyarat. Penambahan bunga itu sebagai imbalan dari penundaan waktu pelunasan hutangnya, lalu Allah SWT membatalkan sistem itu.
4. Menurut Al Imam Ar-Razi dalam tafsirnya, "Sesungguhnya riba al-nasi'ah itulah yang terkenal di zaman jahiliyyah kerana seseorang dari mereka meminjamkan wangnya kepada orang lain dengan tempoh tertentu, dengan syarat ia harus memberinya bunga tertentu setiap bulan. Kalau tidak sanggup memenuhi janjinya maka bunganya ditambah dan waktunya dilanjutkan".
Riba Fadhl
Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham yang lain, bijiran gandum dengan gandum dan seterusnya.
- Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, tamar dengan tamar dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta mahupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.
- Daripada Abu Said Al-Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa tamar kualiti Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana tamar itu?". Ia menjawab , "Kami punya tamar yang buruk lalu kami tukar beli dua liter dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda:
- "Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mahu membeli, juallah dahulu tamarmu itu kemudian kamu beli tamar yang kamu inginkan. "
Jenis riba yang pertama sudah jelas, sedangkan jenis yang kedua hanya terdapat pada perbedaan kualiti barang sejenis yang dipertukarkan sehingga jual beli tersebut digolongkan sebagai riba. Rasulullah memerintahkan untuk menjual dulu kurma yang hendak dipertukarkan dan wangnya digunakan untuk membeli kurma yang lebih bagus. Ini semua diamanatkan oleh Rasulullah untuk menjauhkan ummatnya sejauh mungkin dari bayangan riba.
Begitu pekanya perasaan Rasulullah dari bayangan riba dalam sistem ekonomi masyarakat. Beliau berhasil memecah penyakit riba yang telah mendarah daging di zaman jahiliyyah.
Contoh Riba Masakini
Sistem perbankan
Sistem perbankan adalam sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba', seperti pinjaman rumah, kereta, wang tunai, pinjaman pelajaran dll. Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.
Sistem Insurans
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.
Penyelesaian Riba
Sistem perbankan
Bagi membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam, urusniaga faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh menjana keuntungan walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-
- Mudharabah (perkongsian keuntungan)
- Wadiah (simpanan amanah)
- Musyarakah (usaha sama)
- Murabahan (kos tambahan)
- Ijarah (pajakan)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana Perbankan Islam.
Sistem Insurans
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Takrif Tabarru'at
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Rujukan
- ^ Roll Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur 1995, surat 14