Rodnoverye

Upacara pemujaan api Rodnoverye dilaksanakan di Ukraine

Rodnoverye[nota 1] adalah anutan paganis baru[1][2] diamalkan hasil penghidupan semula kepercayaan sejarah orang- orang-orang Slav yang mendiami kawasan-kawasan Eropah Tengah dan Timur dengan pelbagai aliran tersendiri.[3]

Gerakan ini mula muncul hasil pengembangan ajaran didatangkan dari pelbagai sumber penulisan abad-abad ke-18 dan ke-19 yang meromantisasikan budaya dan adat lama masyarakat-masyarakat Slav sebelum mereka memeluk agama Kristian, hal ini turut digalakkan insentif seperti pemerintahan Joseph Stalin yang menggalakkan kajian terhadap sejarah kepercayaan mereka serta pendirian persatuan-persatuan menghidupkan anutan ini di Poland dan Ukraine pada tahun 1930-an dan 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara-negara komunis di seluruh Blok Timur, pengembangan agama baru ini diteruskan para emigran Slavia yang tinggal di negara-negara Barat yang memperkenalkan kembali ke negara-negara Eropah Tengah dan Timur setelah kejatuhan Kesatuan Soviet oleh seberapa pemimpin berkarisma.

Nota

  1. ^ * Belarus: Раднавер'е, rumi: Radnaverje
    • Bahasa Bulgaria: Родноверие
    • Bahasa Bosnia: [Rodnovjerje] Error: [undefined] Error: {Lang}: tiada teks (bantuan): teks mempunyai penanda italik (bantuan)
    • Macedonia: Родноверие, rumi: Rodnoverie
    • Czech: Rodnověří
    • Croatia: Rodnovjerje
    • Poland: Rodzimowierstwo; Rodzima Wiara
    • Rusia: Родноверие, rumi: Rodnoverie
    • Slovak: Rodnoverie
    • Slovene: Rodnoverstvo
    • Serbia: Родноверје, rumi: Rodnoverje
    • Bahasa Ukraine: Рідновірство; Рідновір'я

Rujukan

  1. ^ Lesiv 2013a, m/s. 6–7; Shnirelman 2013, m/s. 62; Skrylnikov 2016, passim; Shizhenskii & Aitamurto 2017, m/s. 115.
  2. ^ Shnirelman 2002, m/s. 197; Laruelle 2008, m/s. 284; Dostálová 2013, m/s. 165; Gaidukov 2013, m/s. 315; Shnirelman 2013, m/s. 62, 73.
  3. ^ Aitamurto 2016, m/s. 65.
Sumber utama