Sadie Sink
Sadie Sink | |
---|---|
![]() Sink di San Diego Comic-Con 2017 | |
Kelahiran | Brenham, Texas, Amerika Syarikat[1] | 16 April 2002
Pekerjaan | Pelakon, Model |
Tahun aktif | 2012–kini |
Sadie Sink (lahir 16 April 2002) ialah seorang pelakon dan model wanita Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan siri American Odyssey sebagai Suzanne Ballard dan siri Netflix, Stranger Things sebagai Max.[2] Penampilan televisyen lainnya termasuk dalam sebuah episod di Blue Bloods dan The Americans.[3] Sink juga muncul di pentas Broadway, Annie dan The Audience.[4]
Kehidupan awal
Sink dilahirkan di Brenham, timur-tengah Texas. Beliau mempunyai abang Caleb, Spencer, kakak Mitchell dan seorang adik perempuan, Jacey.
Bapanya ialah seorang pelatih sepak bola Amerika dan seorang guru matematik.
Kerana obses terhadap Disney seperti High School Musical, beliau dan kakaknya, Mitchell, ketika berusia tujuh tahun, ibunya memutuskan untuk mengirimnya ke kelas lakonan di sebuah pusat teater, di dekat Houston.
Kehidupan peribadi
Semasa menjalani penggambaran The Glass Castle, beliau amat rapat dengan Woody Harrelson dan anak perempuannya, Makani. Beliau menjadi seorang vegetarian kerana Harrelson dan keluarganya menginspirasikannya untuk menjadi vegan.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Chuck | Kimberley | |
2017 | The Glass Castle | Lori Walls Muda |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | The Americans | Lana | Episod: "Mutually Assured Destruction" |
2014 | Blue Bloods | Daisy Carpenter | Episod: "Insult to Injury" |
2015 | American Odyssey | Suzanne Ballard | Pelakon utama |
2016 | Unbreakable Kimmy Schmidt | Gadis Remaja | Episod: "Kimmy Sees a Sunset!" |
2017-kini | Stranger Things | Maxine "Max" Mayfield | Pelakon utama |
Teater
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Annie | Annie | |
2015 | The Audience | Ratu Elizabeth II Muda |
Rujukan
- ^ "Meet Sadie Sink". YouTube. youtube.com. Dicapai pada 29 September 2017.
- ^ Petski, Denise (October 14, 2016). "'Stranger Things' Netflix Series Adds Two New Regulars, Promotes Two For Season 2". Deadline.com. Dicapai pada October 14, 2016.
- ^ Petski, Denise (June 18, 2015). "VIDEO: Sneak Peek - THE AUDIENCE's Sadie Sink Stars on NBC's 'American Odyssey'". Broadway World. Dicapai pada October 14, 2016.
- ^ Champion, Lindsay (April 22, 2015). "The Audience Stars Elizabeth Teeter & Sadie Sink on Being Queens For the Day & Holding Court with Helen Mirren". Broadway Buzz. Dicapai pada October 14, 2016.