Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sekolah Sukan Bukit Jalil | |
---|---|
Lokasi | |
Bukit Jalil, Kuala Lumpur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah sukan, sekolah kerajaan |
Moto | Penjana Atlet Bertaraf Dunia |
Nombor sekolah | +60390587335 |
Kod sekolah | WEA0230 |
Faks | +60390587335 |
Laman sesawang | www.bjss.edu.my |
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Bukit Jalil Sports School (BJSS) merupakan sekolah sukan yang pertama di Malaysia. Sekolah ini terletak di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sekolah Sukan Bukit Jalil dibuka pada tahun 1996 dengan pengambilan atlet yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat.
Pada 2009, Sekolah Sukan Bukit Jalil memiliki 280 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 470 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009
Bekas pelari pecut dan Olahgarawati kebangsaan Marina Chin menjadi pengetua sekolah ini sejak 2007.[1]
Visi dan Misi
Visi
SSBJ penjana atlet bertaraf dunia.
Misi
- Berusaha menjana atlet yang berpotensi ke arah bertaraf dunia.
- Melahirkan atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik
- Melahirkan atlet yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai semangat patriotik dan semangat juang yang jitu.
- Memupuk keyakinan atlet terhadap profesion dan industri sukan.
- Membudayakan sukan dalam kehidupan seharian.
Kelab Sukan
- Akuatik
- Angkat Berat
- Badminton
- Bola Jaring
- Bola Keranjang
- Bola Sepak
- Bola Tampar
- Equestrian
- Gimnastik
- Golf
- Hoki
- Tenis
- Kriket
- Lumba Basikal
- Memanah
- Menembak
- Olahraga
- Skuasy
- Tenis
- Sepak Takraw
- Wushu
- Taekwondo
- Karate
- Lawan Pedang
Lihat Juga
- Sekolah Sukan Malaysia Pahang
- Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
- Sekolah Sukan Frenz United
- Akademi Bola Sepak Frenz United
- NFDP Malaysia - PPBN
Rujukan
- ^ Marina Chin to head Bukit Jalil Sports School The Star (Malaysia), July 27, 2007
Pautan Luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {tunas} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.