Sengauan uvular

Nombor AFA120
Pengekodan
X-SAMPAN\
Imej
Sampel audio
noicon

Sengauan uvular ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɴ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan N\ dalam X-SAMPA.

Ciri-ciri

Ciri-ciri sengauan uvular:

  • Cara artikulasinya adalah hentian, iaitu dihasilkan dengan menghalang aliran udara dalam saluran vokal.
  • Daerah artikulasinya adalah uvular, iaitu disebut dengan belakang lidah (dorsum) menyentuh atau menghampiri anak tekak (uvula).
  • Jenis pembunyiannya ialah bersuara, iaitu pita vokal bergetar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan sengauan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui hidung.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.