Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah. Sifat yang mustahil bagi Allah merupakan lawan kepada sifat wajib.
Sifat wajib pula terbahagi juga empat bahagian iaitu Nafsiyyah, Salbiyyah, Ma'ani dan Ma'nawiyyah.
Sifat 20
Sifat Wajib
Tulisan Arab
Maksud
Sifat
Sifat Mustahil
Tulisan Arab
Maksud
Wujud
ﻭﺟﻮﺩ
Ada
Nafsiyyah
'Adam
ﻋﺪﻡ
Tiada
Qidam
ﻗﺪﻡ
Sedia
Salbiyyah
Huduth
ﺣﺪﻭﺙ
Baharu
Baqa'
ﺑﻘﺎﺀ
Kekal
Salbiyyah
Fana'
ﻓﻨﺎﺀ
Akan binasa
Mukhalafatuhu lil-Hawadith
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Berbeza dengan semua makhluk ciptaanNya
Salbiyyah
Mumathalatuhu lil-Hawadith
ﻣﻤﺎﺛﻠﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Menyamai atau bersamaan bagi-Nya dengan suatu yang baru
Qiyamuhu binafsih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
Berdiri-Nya dengan sendiri
Salbiyyah
Qiamuhu bighairih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻐﻴﺮﻩ
Berdiri-Nya dengan yang lain
Wahdaniah
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
Esa Allah Ta'ala pada dzat, pada sifat dan pada perbuatan
Salbiyyah
Ta'addud
ﺗﻌﺪﺩ
Berbilang-bilang
Qudrah
ﻗﺪﺭﺓ
Berkuasa
Ma'ani
'Ajzun
ﻋﺟﺰ
Lemah
Iradah
ﺇﺭﺍﺩﺓ
Berkehendak menentukan
Ma'ani
Karahah
ﻛﺮﺍﻫﻪ
Benci iaitu tidak menentukan
'Ilmun
ﻋﻠﻢ
Mengetahui
Ma'ani
Jahlun
ﺟﻬﻞ
Bodoh
Hayah
ﺣﻴﺎﺓ
Hidup
Ma'ani
Al-Maut
ﺍﻟﻤﻮﺕ
Mati
Sama'
ﺳﻤﻊ
Mendengar
Ma'ani
Al-Summu
ﺍﻟﺻﻢ
Pekak
Basar
ﺑﺼﺮ
Melihat
Ma'ani
Al-'Umyu
ﺍﻟﻌﻤﻲ
Buta
Kalam
ﻛﻼﻡ
Berkata-kata
Ma'ani
Al-Bukmu
ﺍﻟﺑﻜﻢ
Bisu
Kaunuhu Qadiran
ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ
Keadaan-Nya yang berkuasa
Ma'nawiyyah
Kaunuhu 'Ajizan
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﺟﺰﺍ
Keadaan-Nya yang lemah
Kaunuhu Muridan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ
Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan
Ma'nawiyyah
Kaunuhu Karihan
ﻛﻮﻧﻪ ﻛﺎﺭﻫﺎ
Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan
Kaunuhu 'Aliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ
Keadaan-Nya yang mengetahui
Ma'nawiyyah
Kaunuhu Jahilan
ﻛﻮﻧﻪ ﺟﺎﻫﻼ
Keadaan-Nya yang bodoh
Kaunuhu Hayyan
ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ
Keadaan-Nya yang hidup
Ma'nawiyyah
Kaunuhu Mayyitan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﻴﺘﺎ
Keadaan-Nya yang mati
Kaunuhu Sami'an
ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ
Keadaan-Nya yang mendengar
Ma'nawiyyah
Kaunuhu Asamma
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺻﻢ
Keadaan-Nya yang pekak
Kaunuhu Basiran
ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ
Keadaan-Nya yang melihat
Ma'nawiyyah
Kaunuhu A'ma
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﻋﻤﻰ
Keadaan-Nya yang buta
Kaunuhu Mutakalliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ
Keadaan-Nya yang berkata-kata
Ma'nawiyyah
Kaunuhu Abkam
ﻛﻮﻧﻪ ﺃﺑﻜﻢ
Keadaan-Nya yang kelu
Sifat kesempurnaan
Dua puluh yang tertera di atas yang wajib bagi Allah terkandung di dalam dua sifat kesempurnaan. Sifat tersebut adalah:
Istighna' ( ﺇﺳﺘﻐﻨﺎﺀ )
Kaya Allah daripada sekelian yang lain daripada-Nya iaitu tidak berkehendak ia kepada sesuatu. Maksudnya, Allah tidak mengkehendaki yang lain menjadikan-Nya dan tidak berkehendakkan tempat berdiri bagi zat-Nya. Contohnya, Allah tidak memerlukan dan tidak mengkehendaki malaikat untuk menciptakan Arasy.
Maka, Maha suci Tuhan daripada tujuan pada sekelian perbuatan dan hukum-hukumnya dan tidak wajib bagi-Nya membuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu.
Yang lain berkehendakkan sesuatu daripada Allah iaitu yang lain berkehendakkan daripada Allah untuk menjadikan dan menentukan mereka dengan perkara yang harus. Contohnya, manusia memohon kepada Allah melancarkan hidupnya.
Sifat harus atau sifat Jaiz juga dimiliki oleh Allah. Harus bagi Allah memperbuat sesuatu yang harus ada atau tiada atau meninggalkannya. Contohnya, harus bagi Allah menciptakan langit, bumi, matahari dan yang lain dan harus juga bagi Allah untuk tidak menciptakannya. Tidak wajib bagi Allah membuat sesuatu seperti menghidupkan atau mematikan bahkan itu harus pada hak Allah.