Simu Liu

Simu Liu
Simu di San Diego Comic-Con 2019
Kelahiran (1989-04-19) 19 April 1989 (umur 34)
WarganegaraKanada
PekerjaanPelakon, penulis, pelagak ngeri
Tahun aktif2012–kini
Kampung asalMississauga, Ontario, Kanada
Simu Liu
Cina Tradisional: 劉思慕
Cina Ringkas: 刘思慕

Simu Liu (Cina ringkas: 刘思慕Cina tradisional: 劉思慕pinyin: Liú Sī Mù) (lahir 19 April 1989) ialah pelakon, penulis, pelagak ngeri, dan pembikin filem Cina-Kanada. Beliau terkenal dengan memegang wataj sebagai Jung dalam siri komedi situasi CBC Television Kim's Convenience.[1] Beliau memulakan kerjayanya di dunia perfileman sebagai pelakon tambahan di Pacific Rim sebelum menjadi pelakon utama sebagai Shang-Cho di Marvel Cinematic Universe, yang bermula dengan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021), sekaligus menjadikan beliau pelakon Asia pertama yang menjadi pelakon utama filem Marvel Studios.

Beliau menerima pencalonan di Anugerah ACTRA dan Anugerah Skrin Kanada untuk karyanya di Blood and Water.[2]

Kehidupan peribadi

Simu dilahirkan di Harbin, kota terbesar di Heilongjiang, China, dan berhijarah ke Kanada pada usia 5 tahun. Beliau dibesarkan di Erin Mills, sebuah kawasan di Mississauga, Ontario, yang berada di dalam Wilayah Toronto Raya.[3] Semasa sekolah menengah, beliau bersekolah di Sekolah Universiti Toronto. Simu belajar selama 2 tahun di Universiti Ontario Barat dan mendalami sains kewangan dan perakaunan di Sekolah Perniagaan Ivey selama 2 tahun. Beliau bekerja sebagai akuntan di Deloitte Touche Tohmatsu sebelum berhenti.[4] Beliau memutuskan untuk menceburi pekerjaan lain sebelum memutuskan menjadi pelakon.[5]

Kerjaya

Simu pertama kali mula bekerja sebagai pelakon tambahan dalam filem Pacific Rim (2013) arahan Guillermo del Toro.[4] Penglibatan awalnya di televisyen di antaranya Nikita (2012) dan Beauty and the Beast (2014). Pada tahun 2015, beliau ialah pelagak ngeri Heroes Reborn yang tampil sebagai pelagak ngeri gantian dalam tiga episod. Beliau kemudian tampil dalam siri drama jenayah OMNI Television Blood and Water (2015–2016), yang melayakkan beliau menerima pencalonan ACTRA dan Anugerah Skrin Kanada pada 2017.[6][7]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2013 Pacific Rim Pelakon tambahan Guillermo del Toro Filem pertama
2021 Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings Shang-Chi Destin Daniel Cretton
Bright: Samurai Soul Izno (suara) Kyōhei Ishiguro Alih suara - Inggeris
Women Is Losers Gilbert Lissette Feliciano

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Nikita Konstabel Polis Hong Kong (Desk Cop)
2013 Warehouse 13 Bartender
Played Gunman
Mayday Narita Air Traffic Controller
2014 Beauty and the Beast EMT
2015 Blood and Water Paul Xie Pelakon utama
Heeroes Reborn Pelagak ngeri 3 episod
Make It Pop! Randy 1 episod
2016 Taken Faaron Watak berulang (musim 1); 10 episod
2016–kini Kim's Convenience Jung Kim Pelakon Utama
2017 Orphan Black Mr. Mitchell
Slasher: Guilty Party Luke 2 episod
Bad Blood Guy 3 episod
2018 The Expanse Lt. Paolo Mayer 1 episode
Yappie Tom Pelakon utama
2019 Fresh Off the Boat Willie 1 episod

Rujukan

  1. ^ "Kim's Convenience – CBC Media Centre". Canadian Broadcasting Corporation. Dicapai pada July 29, 2016.
  2. ^ "Simu Liu – Academy.ca". Academy.ca. Dicapai pada January 22, 2017.
  3. ^ Clay, Chris (October 27, 2016). "Mississauga-raised actor stars in Kim's Convenience, lands role in NBC's Taken". Mississauga News. Mississauga ON. Dicapai pada December 21, 2016.
  4. ^ a b "KollabCast Episode 144 – Simu's Convenience w/ Simu Liu". Kollaboration. Dicapai pada 2 November 2017.
  5. ^ Cornblum, Marcy. "Simu Liu for Toronto Sun". Toronto Sun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-02. Dicapai pada December 2, 2016.
  6. ^ "Simu Liu | Best Performance by an Actor in a Featured Supporting Role in a Dramatic Program | Canadian Screen Awards". Academy.ca. January 8, 2017. Dicapai pada 6 July 2017.
  7. ^ Service, Wire (February 27, 2017). "Kim's Convenience scores two prizes at ACTRA Awards". Dicapai pada 6 July 2017.

Pautan luar