Sophia Antipolis
Sophia Antipolis | |
---|---|
Region | |
Sophia Antipolis ialah taman teknologi yang terletak di barat laut Antibes dan barat daya Nice, di selatan Perancis, di Riviera Perancis.[1]
Antipolis ialah nama Yunani kuno untuk kota Antibes, dan nama Sophia merujuk kepada dewi kebijaksanaan. Ditubuhkan pada tahun 1970, taman teknologi ini menempatkan kira-kira 1,300 syarikat, terutamanya dalam sektor IT, elektronik, farmaseutikal dan bioteknologi, dan bekerjasama rapat dengan Université Côte-d'Azur.[2] Kawasan ini mempunyai lebih 9,000 penduduk dan meliputi kawasan seluas 2,400 hektar di komune Antibes, Biot, Vallauris, Valbonne dan Mougins.
European Telecommunications Standards Institute berpusat di Sophia Antipolis.[3]
Rujukan
Pautan luar
- Sophia Antipolis website
Koordinat: 43°37′10″N 7°03′07″E / 43.6195225°N 7.0518158°E