Subwilayah di Jepun

Bahagian Pentadbiran Jepun
Peringkat Prefektur
Prefektur
(都道府県 todōfuken)
Peringkat Subwilayah
Subwilayah
(支庁 shichō)


Daerah
(郡 gun)

Peringkat Kawasan Perbandaran
Bandar Terancang
(政令指定都市 seirei-shitei-toshi)


Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)


Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)


Bandar
(市 shi)


Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)


Pekan
(町 chō, machi)


Kampung
(村 son, mura)

Peringkat Subkawasan Perbandaran
Wad
(区 ku)

Subprefektur adalah cabang pejabat pentadbiran (支庁, shichō) bagi kerajaan sesebuah prefektur di Jepun. Kebiasannya, keluasan kawasan sebuah subprefektur terdiri daripada beberapa buah bandar, pekan dan/atau kampung. Subprefektur dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada kerajaan prefektur di luar kawasan geografi prefektur Jepun. Sesetengah prefektur Jepun pada masa kini mahupun yang lepas dibahagikan kepada subprefektur.

Subprefektur pada masa kini

  • Hokkaidō, mempunyai keluasan kawasan yang paling besar diantara prefektur di Jepun yang dibahagikan kepada 14 subprefektur yang dibentuk sekitar tahun 1897. Subprefektur di Hokkaidō tidak termasuk bandar besar seperti Sapporo dan Hakodate sehinggalah tahun 1922. (Lihat Subprefektur Hokkaidō).
  • Kagoshima mempunyai dua buah subprefektur iaitu Ōshima dan Kumagae yang masing-masing terletak di Amami dan Nishinoomote. Kagoshima merangkumi Pulau Kagoshima dan Pulau Okinawa.
  • Miyazaki terdiri daripada sebuah subprefektur iaitu Nishiusuki, sebuah daerah pergunungan luar di hujung barat utara prefektur Jepun.
  • Nagasaki terdiri daripada 3 subprefektur bagi pulau di Tsushima, Iki dan Gotō.
  • Tokyo mempunyai 4 subprefektur yang menjadi pentadbiran kepada beberapa penduduk yang tinggal disekitar pulau yang dibawah Kerajaan Metropolis Tokyo. Keempat-empat cabang pejabat prefektur adalah di Hachijō, Miyake, Ogasawara dan Ōshima.
  • Okinawa pula terdiri daripada 2 subprefektur iaitu Miyako dan Yaeyama yang masing-masing terletak di Pulau Miyakojima dan Pulau Ishigaki. Pejabat ini memberikan perkhidmatan kepada prefektur Jepun di sekitar kepulaun archipelagos.
  • Shimane sebuah subprefektur yang memantau Pulau Oki. Subprefektur ini merupakan antara pejabat kerajaan yang paling dekat dengan Liancourt Rocks, sebuah pulau yang terdiri daripada kumpulan penduduk Korea Selatan.
  • Yamagata terdiri daripada 4 subprefektur. Yamagata, Shinjo, Yonezawa dan Shonai yang terletak di 4 kawasan bandar di prefektur Jepun.

Subprefektur pada masa lalu

  • Hyōgo, sebuah prefektur yang sangat besar terdiri daripada 10 subprefektur, tetapi kini dikenali sebagai birokrasi penduduk (県民局, kenmin-kyoku).
  • Chiba pula dapat dibahagikan kepada 5 subprefektur sehingga tahun 2003, apabila cabang pejabatnya ditukar nama kepada pusat penduduk.

Tambahan pula, pada tahun 1907 Jepun telah membentuk prefektur Karafuto bagi pentadbiran Pulau Sakhalin. Karafuto telah dibahagikan kepada 4 buah subprefektur yaitu Toyohara (Yuzhno-Sakhalinsk), Maoka (Kholmsk), Esutoru (Uglegorsk) dan Shikuka (Makarov).

Pulau-pulau yang telah didapati oleh Jepun selepas daripada Perjanjian Versailles diletakkan dibawah prefektur Pasifik Selatan (南洋庁, Nan'yōchō) dari tahun 1922 sehingga 1945. Ini telah membawa kepada 6 subprefektur di Pulau Saipan, Pulau Yap, Pulau Palau, Pulau Truk, Pulau Pohnpei, Pulau Jaluit. Pada bulan November 1943, kesemua 6 subprefektur ini digabungkan menjadi subprefektur “timur”, “barat” dan “utara” dibawah Jepun sehinggalah pihak Jepun menyerah kalah.