Sukhoi Su-15
Su-15 | |
---|---|
Peranan | Pesawat pemintas |
Pengeluar | Sukhoi |
Penerbangan sulung | 30 Mei 1962 |
Diperkenalkan | 1967 |
Dihentikan | 1993 (Rusia) |
Status | Dibersarakan |
Pengguna utama | Pasukan Pertahanan Udara Soviet |
Dikeluarkan | 1966 - 1979 |
Jumlah dibina | 1,290 |
Sukhoi Su-15 (nama pengenalan NATO 'Flagon') merupakan sebuah pesawat pemintas berenjin kembar yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet pada 1960-an bagi mengantikan pesawat Sukhoi Su-11.
Pembangunan
Menyedari kekangan pada pesawat-pesawat terawal seperti Su-9 dan Su-11, Sukhoi OKB dengan pantas mula membangunkan pesawat lebih berupaya. Pelbagai pesawat pembangunan dibina secara beransur-ansur, termasuk T-49, yang berkongsi fiuslaj yang sama dengan Su-9 (termasuk enjin tunggalnya), tetapi memasang salur masuk udara di sisi bagi memberi ruang bagi menempatkan radom besar pada muncung pesawat untuk memasang radar 'Oriol-D' (Eagle), dan T-5, dengan mengubahsuai secara ketara pesawat Su-11 dengan melebarkan fiuslaj belakang yang menempatkan dua enjin Tumansky R-11.
Ini membawa pada pembinaan T-58, yang telah menggabungkan enjin berkembar dengan versi T-49 dengan mengubahsuai bahagian muncungnya, dan mengalih salur masuk udara sisi sedikit kebelakang, di belakang kokpit. Ia telah diluluskan untuk dikeluarkan pada 5 Februari 1962, dan dikenali sebagai Su-15. Prototaip pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 30 Mei 1962. Ia telah melalui ujian perkhidmatan pada 5 Ogos 1963, akan tetapi kemasukannya dalam perkhidmatan mengalami kelewatan disebabkan perbalahan politik dengan Yakovlev OKB ke atas keupayaan baris pengeluaran di Novosibirsk, yang mana juga mengeluarkan pesawat Yakovlev Yak-28P. Su-15 terbukti lebih baik dalam segala aspek kecuali jarak, dan telah ditauliahkan secara rasminya pada 3 April 1965. Siri pengeluaran bermula pada tahun berikutnya, dan mula memasuki perkhidmatan dengan PVO pada 1967, bagi mengantikan Su-9, Su-11 dan Yakovlev Yak-25. Pesawat awal Su-15 telah mendapat nama pengenalan NATO 'Flagon-A.' Versi pesawat latihan rigkas, Su-15UT (NATO 'Flagon-C'), yang tidak memiliki radar atau keupayaan tempur, pula memasuki perkhidmatan pada 1970.
Pesawat sayap delta Su-15 versi awal memiliki ciri-ciri pelepasan dan pendaratan yang lemah, dan menyebabkan Sukhoi untuk mereka sayap baru dengan hujung sayap yang dipanjangkan (bagi meningkatkan luas sayap) dan sempadan kawalan lapisan. Su-15 dengan rekabentuk sayap baru mula dikeluarkan pada 1969. Ia telah dikenali sebagai 'Flagon-D' oleh NATO, walaupun begitu designasi Soviet tetap tidak berubah.
Pada 1969, ujian dimulakan bagi menguji pesawat tingkat upaya Su-15T dengan memasang radar Volkov Taifun. Radar Taifun terbukti gagal, dan pengeluarannya telah dihentikan setelah hanya 10 buah pesawat dibina. Pada Disember 1971, Su-15TM muncul (NATO 'Flagon-E'), dengan memasang radar Taifun-M yang dipertingkat dan cadangan untuk pemasangan pod meriam UPK-23-250 atau peluru berpandu jarak dekat [[[Molniya R-60]].
Banyak cadangan Sukhoi OKB untuk menaik taraf Su-15 dengan enjin dan aerodinamik lebih baik telah ditolak bagi memberi laluan untuk pembangunan pesawat pemintas Mikoyan MiG-23.
Kelainan
- T-58
- Prototaip Su-15.
- Su-15 (Flagon-A)
- Versi pengeluaran pertama.
- T-58VD (Flagon-B)
- Prototaip yang menggunakan tiga unit jet angkatan Kolesov di tengah fiuslaj bagi memberi keupayaan STOL. Tidak dikeluarkan secara besar-besaran.
- Su-15UT (Flagon-C)
- Versi latihan tanpa dilengkapi dengan radar dan keupayaan tempur, digunakan sejak 1970.
- Su-15 (Flagon-D)
- Versi dengan hujung sayap yang dipanjangkan, dibina sejak 1969.
- Su-15T (Flagon-E)
- Versi dipasang dengan radar Volkov Taifun, 10 buah telah dibina.
- Su-15TM (Flagon-F)
- Versi naik taraf Su-15T, dipasang dengan radar Taifun-M dan mengubah aerodinamik, digunakan sejak 1971. Rekabentuk radom baru untuk memperbaiki prestasi radar.
- Su-15UM (Flagon-G)
- Versi latihan Su-15TM tanpa radar tetapi memiliki keupayaan tempur, dibina antara tahun 1976 hingga 1979.
- U-58UM
- Prototaip Su-15UM dengan radar Taifun-M, tidak dikeluarkan.
- Su-15Sh
- Cadangan pesawat serangan darat, ditawarkan pada 1969. Tidak dibina.
- Su-15-30
- Cadangan versi yang berkongsi radar dan peluru berpandu seperti pada MiG-25; tidak dibina.
- Su-15bis
- Menukar Su-15TM dengan memasang enjin R-25-300 yang berkuasa 15,652 lb (69.9 kN) dengan tujahan pembakaran lanjut untuk meningkatkan prestasi; diluluskan untuk pengeluaran, tetapi tidak dibina kerana kekurangan enjin.
- Su-19
- Cadangan versi terkini dengan enjin R-25-300, sayap bujur dan pilon tambahan untuk peluru berpandu. Tidak dibina.
Beberapa laporan Barat mengatakan bahawa Su-15TM juga didesignasi sebagai Su-21 dan Su-15UM Su-21U. Laporan-laporan ini ternyata salah. Designasi Su-21 telah dikhaskan untuk Su-17M4, akan tetapi tidak pernah digunakan.[1]
Pengguna
Spesifikasi (Su-15TM 'Flagon-F')
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 19.56 m (64 kaki 2 in)
- Rentang sayap: 9.34 m (30 kaki 7 in)
- Tinggi: 4.84 m (15 kaki 10 in)
- Sayap luas: 36.6 m² (394 kaki²)
- Berat kosong: 10,874 kg (23,973 lb)
- Berat berisi: 17,200 kg (37,920 lb)
- Loji kuasa: 2× Tumansky R-13F2-300 turbojet
- Tujahan kering: 40.21 kN (9,040 lbf) setiap satu
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 70.0 kN (15,730 lbf) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 2.1, 2,230 km/j (1,386 bsj) bersih di aras tinggi
- Jarak:
- Tempur: 590 km (367 batu)
- Feri: 1,780 km (1,106 batu)
- Lelangit khidmat 18,100 m (59,383 kaki)
- Kadar kenaikan: 228 m/s (45,000 kaki/min)
- Beban sayap: 102.4 lb/kaki² (555 kg/m²)
Persenjataan
- 2x R-98M/AA-3 Anab (pilon sayap sebelah luar)
- 2x atau 4x R-60/AA-8 Aphid (pilon sayap sebelah dalam)
- Pilihan 2x pod meriam UPK-23-250 23 mm pada pilon fiuslaj
Lihat juga
- Korean Airlines Penerbangan 007
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
- Mikoyan MiG-25
- Shenyang J-8
- Tupolev Tu-28
Senarai berkaitan
- Senarai pesawat tentera Kesatuan Soviet dan CIS
Rujukan
- ^ Laman web rasmi Sukhoi Diarkibkan 2014-02-07 di Wayback Machine.
- Butowski, Piotr and Pankov, Valeriy and Ponomaryev, Vadim. Su-15 Flagon. Monografie Lotnicze #14. Gdańsk: AJ-Press, 1994 (ISBN 83-86208-04-X) (in Polish).