Sur,_Lubnan
Sur
صور Tyr , Tyre | |
---|---|
Kota | |
Koordinat: 33°16′15″N 35°11′46″E / 33.27083°N 35.19611°EKoordinat: 33°16′15″N 35°11′46″E / 33.27083°N 35.19611°E | |
Negara | Lubnan |
Governorate | South Governorate |
District | Tyre |
Municipalities | Abbassieh, Ain Baal, Borj Ech Chemali, Sour |
Established | 2750 BCE |
Keluasan | |
• Kota | 4 km2 (2 batu persegi) |
• Metro | 17 km2 (7 batu persegi) |
Penduduk | |
• Kota | 60,000 |
• Metro | 174,000 |
Zon waktu | UTC+2 (EET) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) |
Jenis | Budaya |
Kriteria | iii, vi |
Ditetapkan | 1984 (sesi ke-8) |
No. rujukan | 299 |
State Party | Lubnan |
Ṣūr (Arab: صور , Latin: Tyrus , Perancis: Tyr bahasa Inggeris: Tyre ) ialah sebuah kota terletak di pesisiran Mediterranean kawasan selatan Lubnan. Ia bandar raya kelima terbesar di negara tersebut setelah Beirut, Tripoli, Aley dan Sidon.[1]
Ia merupakan salah satu kota sering dihuni tertua di dunia,[2] walaupun pada zaman pertengahan selama beberapa abad oleh hanya sedikit penduduk. Sepanjang kewujudan ia, kota ini telah memainkan peranan penting dalam sejarah ketamadunan di mana ia merupakan salah satu metropolis Phoenicia paling awal dan menjadi tempat kelahiran legenda kepercayaan Yunani purba. Bandar ini menempatkan banyak tapak-tapak purba yang kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984.[3]
Terdapat kira-kira 200,000 penduduk di kawasan bandar pada tahun 2016, termasuk banyak pelarian Palestin yang menghuni kem-kem di Burj El Shimali, El Buss, dan Rashidieh. [4]
Geografi
Muka bumi
Kota ini terletak di sekitar 80 km (50 bt) jauh selatan dari Beirut. Ia terdiri daripada dua bahagian asal: suatu petempatan di tanah besar diberi nama Ushu atau Palaetyrus ("Tyrus Lama"),[5] dan suatu pulau terhubung oleh suatu tambak binaan zaman Alexander Agung pada 332 SM. Tambak ini lama mengumpul mendakan membentuk suatu tanah genting.
Ia banyak sumber air tawar utama yang membekalkan air minum kepada seluruh warga Tyrus melalui mata-mata air Rashidieh, Ras Al Ain, Al Bagbog dan Ain Ebreen serta sungai Litani atau Alqasymieh.[6]
Suhu dan iklim
Tyrus beriklim Mediterranean (dikelaskan sebagai Csa) dengan penerimaan sinaran matahari sebanyak 300 hari setahun. Suhu purata maksimum ialah 30.8 °C pada bulan Ogos dan suhu purata minimum pada 10 °C bulan Januari, suhu tahunan diukur pada 20.8°C. Suatu musim kemarau dari Mei hingga Oktober.
Kenaikan aras laut disebabkan pemanasan global mengancam kawasan teluk dan semenanjung kota yang boleh terjejas dari penghakisan pantai.[7]
Sejarah
Zaman Purba
Herodotus dalam lawatannya ke kota ini pada sekitar 450 SM mencatatkan daripada temubualnya dengan seberapa pendeta bahawa kota ini ditubuhkan melalui suatu binaan kubu berbenteng di tanah besar pada 2750 SM[8] [9] disebut sebagai Paleotyre.
Pada alaf ke-2 sebelum Masihi, Tyrus berkembang menjadi suatu tempat penghasilan bahan pewarna ungu diperolehi daripada lendiran siput-siput Murex trunculus dan Murex brandaris yang cantik dan tahan pudar cahaya.[10] Sebanyak 8,000 ekor siput ini untuk mendapatkan kira-kira satu gram pewarna ini[11] bernilai 20 gram emas[12] maka memakan kos mahal,[13] bahan pewarna ini menjadi sangat digemari para raja dan bangsawan.[14] Penghasilan giat pewarna in turut menyebabkan pencemaran udara yang berbau kuat sepertimana yang diperhatikan Strabo pada lawatannya di sana.[10]
Zaman Parsi
Zaman Rom
Kota Sur menjadi dirangkum dalam provinsi "Syria" jajahan Republik Rom dan seterusnya Empayar Rom pada 64 SM di bawah nama Tyrus.[15] Tyrus masih dibenarkan memerintah sendiri dengan autonomi yang tinggi atas kebenaran praetor Marcus Aemilius Scaurus[16] berstatus civitas foederata.[17] Lokasi Tyrus sangat strategik menghubungkan antara Damascus[18] serta laluan-laluan utama Laluan Sutera.[19]
Yesus Kristus, tokoh ajaran Kristian, dipercayai melawat kota ini pada zamannya menurut Kitab Perjanjian Baru di mana beliau dipercayai mengubati seorang bukan Yahudi (Gentile - Matthew 15:21Template:Bibleverse with invalid book; Mark 7:24Template:Bibleverse with invalid book) malah berucap menyebarkan ajarannya menarik perhatian ramai (Mark 3:8; Gospel of Luke 6:17, Matthew 11:21–23) lalu ada yang menjadi pengikut beliau.[20] Ada juga catatan yang menyatakan beliau pernah minum di mata air Ain Sur (Mata Air Sur) bersama John si Pembaptis.[21]
Zaman Salibi
Zaman Uthmaniyah
Zaman Moden
Penubuhan Israel pada Mei 1948 mendorong banyak orang Palestin berlindung di sana dari perahu-perahu. Imam Sharafeddin Madrasah Jafariya banyak memberi pertolongan kepada para pelarian ini pada ketika itu.[22]
Ekonomi
Ekonomi bandar ini banyak bergantung pada pelancongan, perkhidmatan kontrak, sektor pembinaan serta pengiriman wang dari diaspora asal bandar ini, terutama di Afrika Barat. [23]
Ia mempunyai suatu pelabuhan yang utama di negara tersebut yang agak kecil berbanding pelabuhan-pelabuhan Beirut, Tripoli dan juga Sidon. Sejak malapetaka letupan besar yang menghancurkan Pelabuhan Beirut dan sebahagian besar ibu negara pada 4 Ogos, pelabuhan ini dijadikan tempat pengimportan utama selain Pelabuhan Tripoli. [24]
Rujukan
- ^ Tyre City, Lebanon
- ^ "The world's 20 oldest cities". The Telegraph. 30 May 2017. Dicapai pada 25 March 2020.
- ^ "World Heritage List: Tyre". United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
- ^ Maguire, Suzanne; Majzoub, Maya (2016). Osseiran, Tarek (penyunting). "TYRE CITY PROFILE" (PDF). reliefweb. UN HABITAT Lebanon. m/s. 12, 16, 33–34, 39–43, 57, 72. Dicapai pada 29 October 2019.
- ^ Presutta, David. The Biblical Cosmos Versus Modern Cosmology. 2007, page 225, referencing: Katzenstein, H.J., The History of Tyre, 1973, p.9
- ^ Badawi, Ali Khalil (2018). TYRE (ed. 4th). Beirut: Al-Athar Magazine. m/s. 5, 7.
- ^ Brown, Sally (16 October 2018). "University research shows world heritage sites under threat from climate change". University of Southampton. Dicapai pada 18 March 2020.
- ^ Jidejian, Nina (2018). TYRE Through The Ages (ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 13–17. ISBN 9789953171050.
- ^ Bement, R B. Tyre; the history of Phoenicia, Palestine and Syria, and the final captivity of Israel and Judah by the Assyrians. Ulan Press. m/s. 47. ASIN B009WP2MR8.
- ^ a b Jidejian, Nina (2018). TYRE Through The Ages (ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 278–304. ISBN 9789953171050.
- ^ Khoury Harb, Antoine Emile (2017). History of the Lebanese Worldwide Presence – The Phoenician Epoch. Beirut: The Lebanese Heritage Foundation. m/s. 33–34, 44–49. ISBN 9789953038520.
- ^ Noureddine, Ibrahim; Mior, Aaron (2018). "Archaeological Survey of the Phoenician Harbour at Tyre, Lebanon". Bulletin d'Archéologie et d'Architecture Libanaises. 18: 95–112 – melalui Academia.edu.
- ^ La Boda, Sharon (1994). International Dictionary of Historic Places: Middle East and Africa. 4. Chicago and London: Fitzroy Dearborn. m/s. 711. ISBN 1-884964-03-6.
- ^ Bariaa Mourad. "Du Patrimoine à la Muséologie : Conception d'un musée sur le site archéologique de Tyr",(Thesis); Museum National d'Histoire Naturelle (MNHN), Study realised in cooperation with the Unesco, Secteur de la Culture, Division du Patrimoine Culturel, Paris, 1998
- ^ 64 B.C. – events and references
- ^ Jidejian, Nina (2018). TYRE Through The Ages (ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 142–169. ISBN 9789953171050.
- ^ E. G. Hardy, Roman Laws and Charters, New Jersey 2005, p.95
- ^ Jidejian, Nina (2018). TYRE Through The Ages (ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 19–37. ISBN 9789953171050.
- ^ Mroue, Youssef (2010). Highlights of the Achievements and Accomplishments of the Tyrian Civilization And Discovering the lost Continent. Pickering. m/s. 9–34.
- ^ Jidejian, Nina (2018). TYRE Through The Ages (ed. 3rd). Beirut: Librairie Orientale. m/s. 142–169. ISBN 9789953171050.
- ^ Badawi, Ali Khalil (2018). TYRE (ed. 4th). Beirut: Al-Athar Magazine. m/s. 94, 103–121.
- ^ Gharbieh, Hussein M. (1996). Political awareness of the Shi'ites in Lebanon: the role of Sayyid 'Abd al-Husain Sharaf al-Din and Sayyid Musa al-Sadr (PDF) (Doctoral). Durham: Centre for Middle Eastern and Islamic Studies, University of Durham.
- ^ Maguire, Suzanne; Majzoub, Maya (2016). Osseiran, Tarek (penyunting). "TYRE CITY PROFILE" (PDF). reliefweb. UN HABITAT Lebanon. m/s. 12, 16, 33–34, 39–43, 57, 72. Dicapai pada 29 October 2019.
- ^ Akleh, Tony (6 August 2020). "Beirut port: irreplaceable importance in the middle of Lebanon's geography". Arabian Business. Dicapai pada 6 August 2020.