Tamparan sisian gusi

Nombor AFA181
Pengekodan
X-SAMPAl\
Imej

Tamparan sisian gusi ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɺ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA).

Ciri-ciri

  • Cara artikulasinya adalah ketukan atau tamparan, iaitu dihasilkan dengan mengecutkan otot sekali untuk menghasilkan ketukan artikulator.
  • Daerah artikulasinya adalah gusi, iaitu disebut dengan hujung lidah menyentuh batas gusi.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan sisian, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui sisi lidah dan bukan tengahnya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Catatan
Jepun[1] ラーメン / [[[Perumian bahasa Jepun|rāmen]]] Error: {Lang}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ɺ̠aːmeɴ] 'ramen' Rujuk fonologi bahasa Jepun

Rujukan

Bibliografi

  • Okada, Hideo (1991), "Japanese", Journal of the International Phonetic Association 21 (2): 94-97