Teori moral
Teori moral merangkumi sejumlah pendekatan bagi memahami bagaimana, kenapa, dan pada taham apa seseorang patut menilai sesuatu; samaada ia adalah seseorang, idea, objek, atau sesuatu yang lain. Penyiasatan ini bermula pada falsafah silam, di mana ia dikenali sebagai axiologi atau ethik. Penyiasatan ahli falsafah awal mencari pemahaman buruk dan baik dan konsep "baik". Masa kini kebanyakan teori nilai merupakan rakaman empirikal saintifik mengenai apa yang di nilai oleh seseorang dan cuba memahami mengapa mereka menghargainya dari konteks psikologi, sosiologi, dan ekonomi.
Pada tahap umum, terdapat perbezaan antara moral baik dan baik. Moral baik merupakan yang berkenaan tingkah laku seseorang, biasanya mendorong kepada pujian atau dipersalahkan. Baik, sebaliknya, berkaitan dengan objek, bukan orang. Sebagai contoh, menyatakan "Mary memiliki moral yang baik" membabitkan bentuk baik yang berbeza dengan yang digunakan dalam ayat "makanan yang baik untuk kesihatan".
Ethik cenderung menumpu pada kebaikan moral berbanding kebaikan benda, sementara ekonomi cenderung berminat pada sebaliknya. Bagaimanapun, kedua-dua moral dan benda baik sama kaitan pada teori nilai dan kebaikan, yang lebih umum rangkumannya.