Terier Jack Russell

Terier Jack Russell
seekor anjing kecil dengan tompok-tompok perang berangan pada atas kedua-dua mata dan pada tubuh
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat 5–6 kg (11–13 lb)[1]
Tinggi unggul: 25–30 cm (10–12 in)[1][2]
Bulu licin, kasar, atau putus-putus
Warna kebanyakannya putih, dengan tompok-tompok sawo matang atau hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Jack Russell[a] ialah satu baka terier kecil British. Ia terutamanya bertubuh putih dan berlapis bulu lembut, kasar, atau putus-putus dan dapat mempunyai sebarang warna.

Ia diterbitkan daripada anjing yang dibiakbakakan dan digunakan untuk pemburuan rubah di North Devon pada awal abad kesembilan belas oleh seorang parson desa, Jack Russell – yang sempena beliau baka ini dinamai – dan mempunyai asal usul serupa dengan terier rubah moden. Walau hampir-hampir serupa, ia merupakan baka tersendiri dan berbeza daripada terier Parson Russell.[3]

Terier Jack Russell ialah baka bertenaga yang bergantung pada tahap senaman dan rangsangan tinggi. Ia telah melalui beberapa perubahan selama bertahun-tahun selari dengan kegunaan dan piawaian baka berlainan yang ditetapkan oleh kelab kenel. Pengiktirafan oleh kelab-kelab kenel untuk terier Jack Russell telah ditentang oleh persatuan-persatuan induk baka – yang menghasilkan pembiakbakaan dan pengiktirafan terier "Parson Russell". Terier Jack Russell telah muncul berkali-kali dalam filem, televisyen, dan cetakan – dengan beberapa ekor anjing terkenal.

Catatan

  1. ^ Jawi: تيريئر جک راسل; bahasa Inggeris: Jack Russell terrier

Kutipan

  1. ^ a b "FCI-Standard N° 345 JACK RUSSELL TERRIER" [Piawaian FCI No. 345 Terier Jack Russell] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 5 Disember 2012. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ Jack Russell Terrier (Inggeris). London, United Kingdom: The Kennel Club. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ "Jack Russell terrier and a Parson Russell - can you tell the difference?". Shooting UK (dalam bahasa Inggeris). 26 Januari 2021. Dicapai pada 24 Januari 2024.

Rujukan