Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail
Tunku Mahkota Ismail | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor | |||||||||
Pemangku Sultan Johor | |||||||||
Pemerintahan | 28 Januari 2024 | ||||||||
Pemasyhuran | 28 Januari 2024[1] | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Mahkota Ibrahim Ismail | ||||||||
Tunku Mahkota Johor | |||||||||
Pemerintahan | 28 Januari 2010 | ||||||||
Pemasyhuran | 28 Januari 2010 | ||||||||
Didahului oleh | Tunku Ibrahim Ismail | ||||||||
Raja Muda Johor | |||||||||
Pemerintahan | 30 Jun 2005 – 28 Januari 2010 | ||||||||
Pemasyhuran | 8 April 2006 | ||||||||
Diikuti oleh | Tunku Iskandar | ||||||||
Keputeraan | Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Tunku Ibrahim Ismail 30 Jun 1984 (umur 39 tahun, 10 bulan dan 18 hari) Johor Bahru, Johor | ||||||||
Pasangan | Che’ Puan Mahkota Khaleeda (k. 2014) | ||||||||
Anakanda | Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Zahrah Zarith Aziyah | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Temenggong | ||||||||
Ayahanda | Sultan Ibrahim | ||||||||
Bonda | Raja Zarith Sofiah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Kerjaya ketenteraan | |||||||||
Nama samaran | TMJ | ||||||||
Kesetiaan | Sultan Johor | ||||||||
Perkhidmatan | Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) Tentera Darat India | ||||||||
Tahun perkhidmatan | 2003 – kini (Khidmat aktif) | ||||||||
Pangkat | Mejar Jeneral (JMF) Kapten (Tentera Darat India) | ||||||||
Unit | 61 Cavalry, Jaipur Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) | ||||||||
Anugerah | Terbaik dalam menunggang kuda (2003–2004) |
Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada Johor Bahru, Johor) merupakan Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor.
30 Jun 1984 diTunku Ismail merupakan putera sulung kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XVII, Raja Zarith Sofiah. Baginda juda adalah cucunda kepada Sultan Johor era moden yang ke-4 iaitu Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail serta cucunda kepada Sultan Perak yang ke-33 iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.
Tunku Ismail telah dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya, Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).[2][4] Tunku Ismail kemudian dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010[5] selepas ayahandanya dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010. Pada 28 Januari 2024, baginda telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor apabila ayahandanya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Pendidikan awal
Tunku Ismail menamatkan pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru. Baginda kemudian menerima pendidikan menengah rendah di Sekolah Antarabangsa Australia di Singapura dan meneruskan pengajian menengah di Hale School di Perth, Australia Barat, sehingga 2002[4] Tunku Ismail ialah anak sulung daripada enam beradik dan tidak mempunyai kelayakan akademik.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datuknya, Almarhum Sultan Johor, dan meletakkan baginda yang kedua dalam barisan takhta (Kini pertama seiring selepas kemangkatan Sultan Iskandar).[4] Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010.[6]
Johor Darul Ta'zim FC
Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola sepak johor ke arah yang lebih profesional. Pasukan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Johor FC, kini dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim dan menjadi kelab yang mendominasi Liga Super Malaysia sejak 2014.
Pada 12 Julai 2015, Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor.
Walaupun begitu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 21 Julai 2015.
Perkahwinan dan anakanda
Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail berkahwin dengan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda yang berusia 21 tahun di Istana Bukit Serene, Johor dalam majlis peribadi. Majlis penyerahan dilakukan oleh Mufti Johor Datuk Tahrir Samsudin.[7]
Khaleeda merupakan anak perempuan kepada Encik Bustamam Daud dan Puan Aziyah Abdul Aziz, beliau juga adalah anak bongsu daripada lima orang adik-beradik serta dilahirkan di Kuala Lumpur.[8]
Pasangan diraja ini telah dikurniakan empat orang anakanda, anakanda sulung baginda berdua dan puteri sulung, diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Anakanda kedua baginda berdua dan putera sulung diberi nama Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017. Anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Julai 2019. Anakanda keempat dan puteri kedua diberi nama YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah yang dilahirkan pada 21 April 2021.
Peranan
Pada 2 Disember 2022, Tunku Ismail telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor dan Konvokesyen Ke-22 di Dewan Sultan Ibrahim.[9][10]
Pada 13 Disember 2023, Tunku Ismail telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada Majlis Konvokesyen KUIJSI ke-21 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Persada Johor.[11]
Keluarga dan kerabat
Tunku Ismail berkahwin dengan Che’ Puan Mahkota Khaleeda. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan 2 orang puteri dan 2 orang putera.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah |
25 Jun 2016 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 7 tahun, 10 bulan dan 23 hari |
Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim |
14 Oktober 2017 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 6 tahun, 7 bulan dan 4 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim |
17 Julai 2019 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 4 tahun, 10 bulan dan 1 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah |
21 April 2021 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 3 tahun |
Panggilan, gelaran dan lambang
Gelaran hormat bagi Tunku Mahkota Ismail | |
Gaya panggilan | Duli Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 30 Jun 1984 - 8 April 2006: Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail
- 8 April 2006 - 28 Januari 2010: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Tunku Ibrahim Ismail, Raja Muda Johor
- 28 Januari 2010 - 28 Januari 2024: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
- 28 Januari 2024 - kini: Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, D.K., S.P.M.J., S.S.I.J., S.M.I.J., S.M.J., P.S.I., Pemangku Sultan Johor
Darjah kebesaran
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati :
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) pada 8 April 2006.
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) pada 8 April 2009.[12]
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia :
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga, Setia Mahkota Johor (SMJ) pada 8 April 2004.
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pada 8 April 2005.
- Darjah Sultan Ismail Johor Yang Amat Diberkati :
- Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) pada 22 November 2010.
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi :
- Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) pada 30 Mac 2015.[13]
- Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) pada 23 Mac 2015.[12]
- Pingat Sultan Ibrahim (PSI I, Pangkat Pertama) pada 23 Mac 2017.
Rujukan
- ^ (28 Januari 2024). Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takhluk Johor Darul Takzim telah berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor bermula hari ini. Harian Metro. Dicapai pada 28 Januari 2024.
- ^ a b Johor Ruler's Grandson Appointed Raja Muda, BERNAMA, 8 April 2006.
- ^ Tunku Mahkota’s son named Raja Muda of Johor, 9 April 2006, The Star
- ^ a b c Tunku Mahkota’s son named Raja Muda of Johor, The star online, Star Publications, 9 April 2006.
- ^ Tunku Ismail proclaimed Tunku Mahkota of Johor, Star Publications, 28 Januari 2010
- ^ Tunku Ismail proclaimed Tunku Mahkota of Johor, Star Publications, 28 January 2010.
- ^ Farhaan Shah, Mohd (9 November 2014). "Big crowd at Johor royal wedding". AsiaOne. The Star/Asia News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-11. Dicapai pada 10 November 2014.
- ^ Johor crown prince Tunku Ismail marries Khaleeda, Mohd Farhaan Shah, 2014/10/24, The Star Online
- ^ [1], Essa Abu Yamin, 2022/12/2, Harian Metro
- ^ [2], Adnan Ibrahim, 2022/12/3, Utusan Malaysia
- ^ Bernama. (13 December 2022). [3]. Bernama.
- ^ a b Royal Ark, Johor genealogy details – p.15 – Photo Diarkibkan 2013-12-16 di Wayback Machine
- ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.
Bacaan lanjut
- Nadarajah, Nesalmar, Johore and the Origins of British Control, 1895–1914, Arenabuku, 2000, ISBN 967-970-318-5