Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail | |
---|---|
Menteri Besar Pahang | |
Memegang jawatan 27 November 2022 | |
Dalam jawatan 15 Mei 2018 – 14 Oktober 2022 | |
Sultan | Sultan Haji Ahmad Shah (2018-2019) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
Tengku Mahkota | Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (sebagai Pemangku Raja) |
Didahului oleh | Tan Sri Adnan Yaakob |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Jelai | |
Memegang jawatan 2004 | |
Didahului oleh | Omar Othman |
Majoriti | 6,940 (2022) 3,507 (2018) 3,182 (2013) 2,621 (2008) |
Naib Presiden UMNO | |
Memegang jawatan 19 Mac 2023 Berkhidmat dengan Mohamed Khaled Nordin Johari Abdul Ghani | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1958-10-01) 1 Oktober 1958 (umur 65) Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Parti politik | BN-UMNO |
Pasangan | Datin Sri Burhah Mohammed |
Kediaman | Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, Kuantan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail (lahir 1 Oktober 1958) ialah Menteri Besar Pahang[1] dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Jelai serta mantan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang. Beliau merupakan ADUN Jelai sejak 2004 dan mewakili BN-UMNO. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (turut hadir).
Menteri Besar Pahang
Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, 59, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar. Wan Rosdy mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. [2]
Anugerah
- Pahang :
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato'
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato'
- Wilayah Persekutuan :
- Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) - Datuk Seri
Rujukan
- ^ Profil MB Pahang
- ^ Astroawani, "ADUN Jelai MB Pahang yang baharu", Mei 15, 2018 15:50 MYT