Webtoon

WEBTOON
Maklumat umum
URLLaman bahasa Korea
Laman bahasa Inggeris
Jeniswahana kartun web
Tersedia dalamKorea, China, Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol, Thai
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikWebtoon Entertainment Inc.
PengasasJunKoo Kim
Anak syarikatStudio N (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Kandungan dan sokongan
IndustriKomik web Sunting nilai ini di Wikidata
KomersialYes
PendaftaranPilihan
Dilancarkan pada
  • 2004 (Korea)
  • 2014 (Inggeris, China, Thai)
  • 2015 (Jepun)
  • 2019 (Jepun, Sepanyol, Perancis)
  • 2021 (Jerman)
Status terkiniAktif
Perangkaan
Kedudukan Alexa2,148 (30 November 2017) Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: linewebtoon Twitter: LINEWebtoon Instagram: webtoonofficial Youtube: UCApPju22mAlKRO_JT4DODIg TikTok: webtoonlatam Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Webtoon[a] (digayakan dengan semua huruf besar) ialah sebuah penerbit kartun web Korea Selatan yang dilancarkan pada 2004 oleh Naver Corporation. Sebagaimana namanya dalam bahasa Inggeris, ia menerbitkan kartun web (webtoon), iaitu komik kompak digital di Korea Selatan.

Platform ini mula dilancarkan di Korea sebagai Naver Webtoon dan kemudian secara meluas dikenali sebagai Line Webtoon pada Julai 2014, memandangkan jenama Naver tidak begitu dikenali di luar Korea dan kadangkala perkhidmatannya tidak boleh dicapai di luar negara berkenaan. Pada 2016, perkhidmatan komik web Naver ini memasuki pasaran Jepun sebagai XOY dan pasaran China sebagai Dongman Manhua.[1][2] Pada 18 Disember 2018, Naver menutup XOY dan memindahkan semua kartun web asal dan yang telah diterjemah kepada Line Manga, perkhidmatan manganya yang menawarkan manga berlesen.[3] Pada 2019, Line Webtoon diubah kepada Webtoon sahaja selepas dilancarkan dalam versi bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis.

Platform ini bekerjasam dengan beberapa pereka komik untuk menerbitkan karya asal mereka di bawah jenama Webtoon Originals[4] dan menjadi ruang kepada sejumlah siri komik lain dalam laman penerbitan mandirinya, CANVAS.[5] Komik Webtoon boleh diterokai dalam fungsi 'sistem harian', dan ia boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma di komputer dan peranti iOS dan Android.[6][7] Pada November 2020, Webtoon menubuhkan sebuah anak syarikat baharu Webtoon Studios yang bertujuan untuk melesenkan harta berbahasa Inggeris mereka.[8]

Lihat juga

  • Line Manga
  • Studio N, sebuah studio perfileman yang menghasilkan drama adaptasi dari siri kartun web Naver

Nota kaki

  1. ^ Naver Webtoon di Korea; Line Manga dalam bahasa Jepun; Dongman Manhua dan Webtoon dalam bahasa Cina; Webtoon dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Thai, Xhosa, dan Jerman

Rujukan

Pautan luar