Windows XP Embedded
Windows XP Embedded | |
---|---|
![]() BT telefon berbayar Internet memulakan Windows XP | |
Maklumat umum | |
Jenis sistem | Microsoft Windows ![]() |
Keluarga sistem | Windows NT |
Pembangun | Microsoft |
Keadaan kerja | Current |
Model sumber | Sumber tertutup |
Keluaran terkini | SP2 Feature Pack 2007 / 30 Oktober 2006 |
Tersedia dalam | Senarai bahasa |
Diganti oleh | Windows Embedded Standard 7 (en) ![]() ![]() |
Ciri teknikal | |
Kaedah pengemaskinian | Windows Update (en) ![]() ![]() |
Pelantar | Senarai pelantar yang disokong |
Jenis inti | Hybrid kernel |
Antara muka pengguna lalai | Antara muka pengguna lalai |
Lesen | Microsoft EULA |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | Windows XP Embedded |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Windows XP Embedded, atau XPe, adalah versi dikecilkan Microsoft Windows XP Professional dan pengganti kepada Windows NT 4.0 Embedded. Ia berasaskan inti yang sama dengan Windows XP Professional tetapi dipasarkan kepada pembangun OEM, ISV dan IHV yang memerlukan fungsi penuh 32 bit Windows tanpa memerlukan perkakasan Windows XP Professional. Ia boleh menjalankan aplikasi Windows serta fail pemacu peranti pada peranti dengan sekurang-kurangnya 32 MB ingatan kilat CompactFlash, 32 MB RAM dan mikropemproses P-200. XPe dilancarkan pada 28 November 2001. Setakat Februari 2007, keluaran terbaru XPe adalah Windows XP Embedded SP2 Feature Pack 2007.
XPe tiada kaitan dengan Windows CE. Masing-masing mensasarkan peranti yang berbeza dan masing-masing mempunyai kelebihan serta kelemahan tersendiri yang menarik minat pengeluar OEM tertentu bagi peralatan tertentu.
Ciri-ciri
Rencana ini adalah bahagian daripada siri Windows XP. |
Ciri-ciri baru |
Edisi |
Tablet PC Edition |
Media Center Edition |
Professional x64 Edition |
64-bit Edition |
Embedded |
Rencana lain |
Sejarah pengembangan |
Kritikan |
Pek servis |
- OS dikomponenkan - XPe dibina berasaskan kod yang sama dengan XP Professional tetapi pengeluar OEM boleh memilih ciri-ciri yang diperlukan sahaja, mengurangkan keberatan sistem pengendalian serta mengurangkan potensi serangan virus komputer.
- But USB, CD atau rangkaian - XPe boleh dikonfigurasikan supaya boleh dibutkan melalui pemacu USB (seperti kad ingatan dan pemacu kilat USB), CD ataupun rangkaian kawasan setempat, menghapuskan keperluan bagi cakera keras serta memberikan sifat "but segar" (seolah-olah seperti komputer yang baru lepas diformatkan), sekaligus meningkatkan tahap kestabilan dan tahap kebolehpercayaannya.
Peralatan sasaran
Peralatan yang disasarkan bagi penggunaan Windows XP Embedded termasuklah mesin ATM, permainan arked, mesin slot, mesin daftar tunai, robot industri, dll.
Lihat juga
- Windows NT 4.0 Embedded
- Senarai sistem pengendalian Microsoft