Zakat emas dan perak
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/59/1_oz_of_Gold.jpg/220px-1_oz_of_Gold.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1e/American_Silver_Eagle%2C_obverse%2C_2004.png/170px-American_Silver_Eagle%2C_obverse%2C_2004.png)
Zakat emas dan perak ialah zakat yang dikenakan ke atas beberapa jenis logam berharga, iaitu emas dan perak. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. " - (Surah At-Taubah: 34)[1]
" (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. " - (Surah At-Taubah: 35)[2]
Emas
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
- Emas yang tidak dipakai (disimpan) - yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%
- Emas yang dipakai - (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Perak
Beza zakat perak dengan emas cuma nilai nisabnya iaitu 595 gram.[3]
Rujukan
- Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat