25 April
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | |||
2025 |
25 April merupakan hari ke-115 (hari ke-116 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 250 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari ANZAC di Australia dan New Zealand
- Hari Pembebasan di Itali
- Hari Bendera di Kepulauan Faroe
- Hari Kebebasan di Portugal (1974)
- Hari Persatuan Topi Merah.
Peristiwa


- 1719 - Novel Robinson Crusoe (gambar) oleh Daniel Defoe mula diterbitkan.
- 1792 - Claude Joseph Rouget de Lisle menggubah La Marseillaise yang kini merupakan lagu kebangsaan Perancis.
- 1792 – Gilotin digunakan buat pertama kali bagi hukuman mati di Perancis.
- 1898 - Perang Amerika-Sepanyol: Amerika Syarikat secara retroaktif mengisytiharkan perang terhadap Sepanyol, menyatakan keadaan perang telah pun wujud beberapa hari.
- 1945 - Tentera Jerman berundur dari utara Finland, membawa kepada penamatan Perang Lapland.
- 1953 - Molecular Structure of Nucleic Acids: A Structure for Deoxyribose Nucleic Acid oleh James Watson dan Francis Crick diterbitkan dalam jurnal sains Nature.
- 1974 - Isyarat lagu Grândola Vila Morena oleh Zeca Afonso disiarkan melalui radio, menandakan permulaan Revolusi Bunga Teluki, satu rampasan kuasa tidak berdarah terhadap rejim Estado Novo di Portugal.
- 1986 - Mswati III dimahkotakan sebagai Raja Swaziland, mewarisi ayahandanya Sobhuza II.
- 2005 - Sebuah kereta api komuter terkeluar daripada landasannya (gambar) di Amagasaki, Hyōgo, Jepun dan menghentam sebuah pangsapuri, mengorbankan 107 orang dan mencederakan 555 lagi.
- 2007 - Sebuah planet luar suria yang seakan-akan Bumi, Gliese 581 c, ditemui di buruj Libra dan mungkin mampu menyokong hidupan.
- 2009 - Kongres Kebangsaan Afrika kehilangan majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya umum Afrika Selatan.