Anjing pemburu berbulu dawai Istria
Nama lain | Anjing pemburu berbulu kasar Istria | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Croatia | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu berbulu dawai Istria atau anjing pemburu berbulu kasar Istria[a] ialah satu baka anjing dari Croatia. Ia merupakan anjing pemburu bau berbulu kasar yang masih dibela terutamanya sebagai anjing pemburu berbanding dengan sebagai peliharaan.
Perihal
Penampilan
Anjing baka ini boleh berbeza-beza saiz kerana anjing ini masih dibiakbakakan terutamanya untuk perburuan. Maka, tekanan mungkin terletak pada prestasi berbanding dengan pada syarat penampilan spesifik. Ia berukuran seberaat 60 lb (27 kg) dan berdiri setinggi 17–24 in (43–61 cm) pada paras kelasa.
Bulu dawai baka ini tahan cuaca untuk perburuan. Lapis atas berukuran sepanjang 2–3 inci (5.1–7.6 cm) dan biasanya sekali dengan lapis bawah seperti wul. Warnanya putih dengan tanda-tanda kuning atau jingga, biasanya di telinga. Telinganya lebar dan tergantung dengan rata dan ekornya panjang menegak dan melengkung ke arah dalam.
Perangai
Oleh sebab anjing pemburu berbulu dawai Istria dibiakbakakan terutamanya untuk perburuan berbanding dengan sebagai pendamping, ia cenderung degil dan lebih mencabar untuk dilatih berbanding dengan baka lain.
Sejarah
Sungguhpun namanya menunjukkan Istria sebagai tempat asal, tempat pembentukan baka juga merupakan Pesisir Croatia, Dalmatia, Gorski Kotar, dan Lika.[1] Baka ini pertama kali mengambil bahagian dalam pertunjukan pengakuran di Vienna pada tahun 1866.
Asal usul bagi anjing pemburu berbulu dawai Istria telah dipertikaikan sejak tahun 1960-an dengan persaingan tuntutan antara Croatia dengan Slovenia. Pada tahun 2003, Persekutuan Kinologi Antarabangsa mengiktiraf baka ini sebagai baka yang berasal dari Croatia.[2]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بربولو داواي ايستريا; انجيڠ ڤمبورو بربولو کاسر ايستريا ; Croatia: istarski oštrodlaki gonič ; Slovene: istrski ostrodlaki gonič ; bahasa Inggeris: Istrian wire-haired hound; Istrian coarse-haired hound; Istrian rough-coated hound
Rujukan
- ^ Špoljarić, Boris (2020). "65 godina priznanja pasmina istarskih goniči" [65 tahun pengiktirafan baka anjing-anjing pemburu Istria] (PDF). Moj Pas (Anjingku) (dalam bahasa Croatia) (Jun): 6. Dicapai pada 23 Disember 2023.
- ^ "Istarski gonič ipak je hrvatski pas" [Anjing pemburu Istria Masih Anjing Croatia]. Index.hr (dalam bahasa Croatia). 13 April 2003. Dicapai pada 23 Disember 2023.
Sumber
- Fogle, Bruce D.V.M; The New Encyclopedia of the Dog (Inggeris), Dorling Kindersley Books, 2000. ISBN 0-7894-6130-7
- Cunliffe, Juliette; The Encyclopedia of Dog Breeds (Inggeris), Parragon Publishing, 2004. ISBN 0-7525-8276-3