Beagle-harrier
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Beagle-harrier[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Perancis. Ia merupakan anjing pemburu bau yang pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu kelinci.
Ciri
Penampilan
Beagle-harrier kelihatan sama ada seperti beagle besar atau harrier kecil. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana yang berdiri setinggi 45–50 sentimeter (18–20 inci) pada paras kelasa,[1][2] dan berukuran seberat 19–21 kilogram (42–46 paun).[3] Lapis bulunya biasanya triwarna yang menonjolkan warna perang kekuning-kuningan, hitam, sawo matang, atau putih. Ada juga beagle-harrier berbulu kelabu (triwarna).[1][2] Tubuh beagle-harrier biasanya berotot dan lapis bulunya licin dan tebal.[1][2]
Kesihatan
Beagle-harrier pada umUnya sihat dan memiliki jangka hayat sebanyak 12 hingga 13 tahun. Displasia pinggul dapat menjadi masalah besar.[4]
Sejarah
Beagle-harrier dibiakbakakan di Perancis pada lewat abad ke-19 oleh Baron Gerard, sebagai silangan antara beagle dengan harrier.[5][6] Seperti baka-baka induknya, beagle-harrier dibiakbakakan untuk memburu kelinci dan kini merupakan pemburu berkawanan yang digunakan untuk kelinci, rusa, dan buruan lain.[6] Beagle-harrier kemudian diimport ke Amerika pada pertengahan tahun 1800-an untuk memburu arnab.[7] Ia diiktiraf oleh FCI pada tahun 1974.[perlu rujukan] Terutamanya di luar tanah airnya Perancis, baka ini agak jarang.[6]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: بيݢل-هاريئر ; bahasa Inggeris: beagle-harrier
Rujukan
- ^ a b c "Standard FCI N° 290 BEAGLE-HARRIER" [Piawaian FCI No. 290 Beagle-Harrier] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 6 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ a b c "FCI-Standard N° 290 BEAGLE HARRIER" [Piawaian FCI No. 290 Beagle-Harrier] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 6 Oktober 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
- ^ Continental Kennel Club Diarkibkan 30 Oktober 2006 di Wayback Machine Berat (Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2007.
- ^ Beagle Harrier Health Problems section (Inggeris). Dicapai pada 28 Disember 2023.
- ^ Wilcox, Bonnie (1989). Atlas of dog breeds of the world (dalam bahasa Inggeris). Internet Archive. Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications. ISBN 978-0-86622-899-2.
- ^ a b c Bruce Fogle (1995). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). Internet Archive. Dorling Kindersley. ISBN 978-0-7894-0149-6.
- ^ "Beagle-Harrier". 2puppies.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
Pautan luar
- Club du Beagle, de Beagle Harrier et du Harrier (Perancis) Diarkibkan 25 Mac 2012 di Wayback Machine