Atalanta B.C.
Nama penuh | Atalanta Bergamasca Calcio S.p.A. | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | La Dea (The Goddess) | |||
Diasaskan | 8 Oktober 1907 | |||
Stadium | Stadio Atleti Azzurri d'Italia, Bergamo, Itali (Kapasiti: 26,562[1]) | |||
Presiden | Antonio Percassi | |||
Jurulatih | Gian Piero Gasperini | |||
Liga | Serie A | |||
2018–19 | Serie A, ke-3 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
|
Atalanta Bergamasca Calcio, juga dikenali sebagai Atalanta, Atalanta Bergamo atau Atalanta BC, ialah sebuah kelab bola sepak profesional Itali berpangkalan di Bergamo, Lombardy. Kelab ini bermain dalam Serie A selepas memperoleh kenaikan dari Serie B pada musim 2010-11.
Atalanta digelar sebagai Nerazzurri dan Orobici. Atalanta bermain dalam pakaian berjalur biru-hitam bersama seluar pendek hitam dan stokin hitam. Gelanggang utama pasukan ini ialah Atleti Azzurri d'Italia, yang mempunyai 26,638 tempat duduk.
Di Itali, Atalanta kadang-kadang dipanggil Regina delle provinciali (ratu kelab daerah) untuk menandakan fakta bahawa kelab ini dahulu salah satu kelab konsisten di antara kawasan bukan-metropolitan dan telah beraksi 53 kali di Serie A, 28 kali di Serie B dan hanya sekali beraksi di Serie C1.
Kelab ini memenangi Coppa Italia pada tahun 1963 dan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Pemenang UEFA 1988 sewaktu Atalanta bermain di Serie B. Inilah persembahan terbaik yang dilakar oleh kelab bukan divisyen pertama dalam kejohanan besar UEFA. (bersama-sama dengan Cardiff City).[2] Atalanta juga mengambil bahagian dua kali dalam Piala UEFA dan melangkah ke peringkat suku akhir pada musim 1990–91.
Sejarah
Atalanta ditubuhkan pada tahun 1907 manakala kelab bola sepak lain telahpun ditubuhkan di Bergamo sejak 1904. Kelab ini ditubuhkan oleh imigran kaya Swiss, ia dikenali sebagai FC Bergamo. Pesaing Atalanta mula semakin berkembang apabila keluar dari divisyen antara sukan di kota itu. Nama "Atalanta" ini diambil daripada atlet wanita di dalam mitologi Yunani. Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) belum yakin akan kelab baru ini dan secara rasminya FIGC tidak mengakui Atalanta secara rasmi sehingga 1914. Kelab Atalanta kini merupakan pergabungan antara Atalanta dan pasukan ketiga yang dipanggil Bergamasca. Pada mulanya, warna biru dan hitam dan jersi kedua kelab, warna biru dan putih dipilih sebagai warna bagi kelab baru ini yang dinamakan Atalanta Bergamasca di Ginnastica e Scherma 1907 pada tahun 1924. Pasukan ini berpindah ke tapak gelanggang mereka yang gunakan hingga sekarang, Viale Giulio Cesare pada tahun 1928.
Atalanta sertai liga Itali pada 1929 dan melangkah ke Serie A pada tahun 1937 tetapi tersingkir selepas hanya melalui satu musim. Atalanta kemudian kembali ke divisyen pertama pada tahun 1940 dan kekal di situ sehingga tahun 1959 sebelum disingkirkan. Selepas hanya menghuni satu musim di Serie B, kelab ini memperoleh kenaikan dan kekal di situ buat empat dekad sebelum tersingkir buat kali ketiga dalam sejarahnya pada tahun 1973 yang membawa kepada tempoh tidak menentu, prestasi turun naik antara dua divisyen itu.
Kelab ini mencatat kedudukan tertingginya di Serie A pada tahun 1948 apabila menduduki tempat kelima liga. Pada tahun 1981, Atalanta jatuh ke Serie C1, satu tamparan besar buat kelab. Namun, mereka berjaya kembali semula ke Serie B dan ke Serie A pada tahun 1984. Prestasi Atalanta di Serie A tidak menentu apabila tidak berjaya mengelakkan zon penyingkiran pada tahun 1987, 1994, 1998, 2003, 2005 dan 2010. Selepas penukaran pemilik pada 2011, Atalanta dengan pantasnya kembali ke Serie A dan sejak itu, ia berjaya menghuni divisyen itu hingga kini.
Dalam terma kejuaraan trofi, mereka telah merangkul piala domestik Itali, Coppa Italia pada 1963 selain kelab ini juga berjaya mara ke peringkat jauh di kejohanan-kejohanan Eropah. Wakil Wales, Merthyr Tydfil mengecewakan Atalanta 2-1 pada perlawanan pertama yang berlangsung di Penydarren Park pada saingan Piala Pemenang Eropah 1987–88. Selepas Atalanta menang perlawanan timbang balik, 2-0 di Bergamo, Atalanta mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada pemenang pada edisi itu, Mechelen dari Belgium. Kemaraan Atalanta ke peringkat separuh akhir membuatkan kelab ini salah satu daripada dua kelab yang melangkah ke pusingan jauh sebegini ketika bermain di selain divisyen teratas liga. Anehnya, satu lagi pasukan yang mampu berbuat demikian ialah pasukan satu negara Merthyr Tydfil, Cardiff City.
Atalanta melangkah ke peringkat suku akhir Piala UEFA pada musim 1990-91 sebelum tewas kepada pasukan dari satu liga yang sama, Internazionale, yang akhirnya menjadi juara kejohanan itu dengan menumpaskan Roma pada aksi final. Selepas tahun 1991, Atalanta tidak pernah beraksi di kejohanan Eropah walaupun menolak peluang untuk beraksi di Piala Intertoto UEFA pada 2001 selepas menamatkan musim di tempat ketujuh di Serie A dan tempat Atalanta diambil oleh pesaing tradisi, Brescia yang tewas pada perlawanan akhir menentang kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.
Pada tahun-tahun kini, kelab ini disingkirkan ke divisyen dua selepas musim 2002–03, 2004–05 dan 2009–10 tetapi memperoleh kenaikan ke Serie A selepas hanya satu musim "bermukim" di Serie B pada setiap kali.
Pada musim 2011–12, Atalanta dipotong enam mata di kedudukan liga oleh kerana skandal bola sepak. Meskipun demikian, kelab ini mampu memperoleh 52 mata dalam 38 perlawanan (rekod kelab). Pada tahun berikutnya dengan alasan yang sama, Atalanta dipotong dua mata tetapi berjaya mengelakkan penyingkiran dengan menghuni tempat ke-15 dalam carta kedudukan liga. Pada musim 2013–14, Atalanta menikmati kempen cemerlangnya dengan menduduki tempat kesebelas pada hari terakhir musim.
Atalanta tetap bersungguh-sungguh beraksi pada musim 2014–15 walaupun beberapa keputusan menarik. Pada permulaan musim, pengurus Stefano Colantuono menyerahkan masa depannya kepada kelab. Pada 4 Mac 2015, beliau dipecat selepas prestasi hambar dengan meninggalkan Atalanta sekadar tiga mata di atas zon penyingkiran. Beliau digantikan oleh Edoardo Reja, yang mengemudi kelab buat musim 2015–16, yang mana Atalanta menamatkan musim di tempat ke-13.
Peminat dan pesaing
Penyokong-penyokong Atalanta dilihat sangat setia dengan kelab mereka. Ketika Atalanta beraksi di Atleti Azzurri d'Italia, penyokong menyanyikan lagu Curva Nord (North Curve) untuk menggalakkan pasukan mereka beraksi dengan semangat di atas padang.
Pesaing terbesar di kalangan peminat ialah dengan kelab Brescia[3] dan dengan peminat-peminat Verona, Genoa, Fiorentina, Roma, Lazio, Napoli, Milan, Internazionale dan Torino. Selain itu, ia juga mempunyai hubungan rapat yang berpanjangan dengan kelab Ternana, peminat dari kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt, peminat dari kelab Wacker Innsbruck dan Silver Tassie yang kedua-duannya kelab Austria.
Dalam satu perlawanan, peminat Atalanta memaparkan bendera gergasi biru dan hitam yang dipanggil Bandierù yang menghiasi tempat duduk Curva Nord.
Reputasi
Selama bertahun-tahun, Atalanta telah memperoleh reputasi sebagai pasukan "pembantu" dalam liga, kebanyakannya disebabkan oleh dasar belia sangat terkenal dan membolehkan kelab itu untuk menghasilkan beberapa pemain berpotensi yang pergi ke kelab yang lebih besar. Kelab ini melancarkan (atau melancarkan semula) karier ramai pemain walaupun pembelian atau peminjaman, pemain yang menjadi pemain Atalanta akan membangun dan berkembang sebelum berpindah. Sama seperti pemain-pemain ini, Andrea Consigli, Daniele Baselli, Giacomo Bonaventura, Roberto Donadoni, Massimo Donati, Fabrizio Ferron, Sergio Floccari, Maurizio Ganz, Filippo Inzaghi, Paolo Montero, Sergio Porrini, Giuseppe Savoldi, Marco Sportiello, Alessio Tacchinardi, Christian Vieri dan Davide Zappacosta manakala pemain-pemain Atalanta seperti Germán Denis dan Gianluigi Lentini memilih untuk menggantung but karier sewaktu masih menjadi pemain Atalanta.
Kelab remaja Atalanta juga membentuk pemain yang setia kepada kelab, Gianpaolo Bellini. Pemain pertahanan tersebut muncul dari pasukan remaja dan membuat debut dengan pasukan senior di Serie B pada 11 April 1999 dan sejak itu, beliau masih lagi menjadi pemain pilihan pertama pasukan dan menjawat sebagai kapten pasukan. Baru-baru ini, beliau mengumumkan kariernyya akan tamat apabila musim 2015–16 lengkap pada penghujungnya. Ini bermakna kariernya hanya untuk Atalanta dari remaja hingga ke persaraan.
Pemain
Skuad semasa
- Sehingga 6 September 2017
|
|
Dipinjam
|
|
|
Nombor disimpan
12 – Dedikasi kepada peminat, terutamanya untuk Pisani Curve
14 – Federico Pisani, Penyerang (1991–97) – penghargaan selepas meninggal.
80 – Elio Corbani, wartawan radio.
Senarai presiden
Atalanta telah mempunyai beberapa presiden dalam sejarah. Sesetengahnya adalah pemegang utama kelab manakala lain-lain hanyalah presiden kehormat sahaja. Presiden lepas, Ivan Ruggeri yang melepaskan tugasnya kerana diserang strok pada Januri 2008 dan digantikan oleh anak lelakinya, Alessandro yang diumumkan sebagai Presiden Atalanta baru pada September 2008. Bapanyya, tidak mampu menguruskan kelab kerana menghidap strok. Pada Jun 2010, selepas Atalanta tersingkir ke Serie B, Alessandro Ruggeri menjual semua pegangannya ke atas Atalanta kepada Antonio Percassi, yang menjadi Presiden Atalanta baharu sehingga kini.[5]
|
|
Senarai pengurus kelab
Atalanta mempunyai ramai jurulatih dan pengurus sepanjang sejarah. Di bawah merupakan kronologi senarai pengurus kelab ketika Serie A diubah menjadi format liga dari musim 1929–30 dan seterusnya.
|
Kejayaan
- Coppa Italia
- Juara: 1962–63
- Serie B
- Juara: 1927–28, 1939–40, 1958–59, 1983–84, 2005–06, 2010–11
- Serie C1
- Juara Utara: 1981–82
Rujukan
- ^ http://www.stadiumguide.com/atletiazzurri/
- ^ Cardiff City
- ^ "Italy". footballderbies.com.
- ^ "Mercato: Matteo Pessina nuovo centrocampista aquilotto". Spezia Calcio - Sito ufficiale. Dicapai pada 2017-08-27.
- ^ name=Ruggeri-Percassi
Pautan luar
- (Itali) Laman Atalanta BC
- (Itali) Laman peminat Atalanta BC
- (Itali) Tutto Atalanta: Atalanta News & Gossip