Buddha di Bamiyan
Koordinat: 34°49′55″N 67°49′36″E / 34.83194°N 67.82667°E
![]() | |
![]() | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | د بودا بتان په باميانو کې |
Sebahagian dari | Cultural Landscape and Archaeological Remains of the Bamiyan Valley ![]() |
Inskripsi | 2003 (sesi ke-27) |
Dalam bahaya | 2003- |
Keluasan | 105, 225.25 he (11,302,000, 24,246,000 ka2) |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Wilayah Bamiyan, Afghanistan |
Koordinat | 34°49′55″N 67°49′36″E / 34.832041666667°N 67.826802777778°E |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Buddha di Bamiyan (Parsi: بت های باميان - but hay-e bamiyaan) adalah monumen patung berdiri Buddha kurun ke-6[1] yang dipahat pada tebing cenuran di Lembah Bamyan, yang mana terletak di kawasan Hazarajat, tengah Afghanistan, iaitu kira-kira 230 km (143 batu) ke barat laut Kabul pada ketinggian 2,500 meter (8,202 kski). Patung kecil yang dibina pada tahun 507, manakala yang besar pada tahun 554[1]. Patung-patung ini mewakili gabungan gaya klasik seni Gandhara.[2]
Tubuh utama patung-patung ini dipahat secara terus daripada tebing batu pasir, tetapi perincian dibuat daripada lumpur yang dicampur dengan jerami, diselaputi dengan stucco. Salutan ini, yang mana hampir haus, telah dicat bagi meningkatkan expresi wajah, tangan dan lipatan jubah; patung yang lebih besar dicat dengan warna merah tua dan yang lebih kecil dengan warna yang pelbagai.[3]
Kedua-dua patung bersejarah ini diletupkan dengan sengaja oleh pihak Taliban menggunakan dinamit pada 21 Mac 2001. Alasan yang diberi untuk pemusnahan tersebut ialah supaya Afghanistan dapat dibersihkan daripada patung-patung "berhala" yang kononnya tidak Islamik. Tindakan puak Taliban ini memusnahkan monumen berharga yang merupakan sebahagian dari warisan sejarah dan kebudayaan silam Afghanistan telah dikutuk sekeras-kerasnya di peringkat antarabangsa, termasuklah semua negara-negara Islam lain dalam OIC. Switzerland dan Jepun telah berikrar untuk menjana usaha membina semula patung-patung tersebut pada suatu masa yang akan datang.
Rujukan
Nota kaki
- ^ a b Gall, Carlotta (2006-12-05). "Afghans consider rebuilding Bamyan Buddhas". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-16. Dicapai pada 2008-01-06.
- ^ Morgan, Kenneth W. The Path of the Buddha. Pg.43. Google Books. Dicapai pada 02-06-2009. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Gall, Carlotta (2006-12-06). "From Ruins of Afghan Buddhas, a History Grows". The New York Times. Dicapai pada 2008-01-06.
Bacaan lanjut
- Fabio Maniscalco, World Heritage and War, monographic series "Mediterraneum", vol. 6, Naples 2007, Massa Publisher "Catalogo: MEDITERRANEUM". Massa Editore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-31. Dicapai pada 2009-12-06.
- Japanese researchers make breakthrough on destroyed Bamyan paintings[pautan mati kekal]. Mainichi Shimbun, Japan, 2004-12-11.
- Wriggins, Sally Hovey. Xuanzang: A Buddhist Pilgrim on the Silk Road. Boulder: Westview Press, 1996
- Theosophical website with pictures
- Buddhas of Bamyan and more photographs from Afghanistan
- Artist to recreate Afghan Buddhas. BBC News, 9 August 2005.
- "World appeals to Taleban to stop destroying statues" Diarkibkan 2007-12-24 di Wayback Machine. CNN, 3 March 2001. (New York)
- http://www.rediff.com/news/2004/apr/12inter.htm
- Pakistani, Saudi engineers helped destroy BuddhasDaily Times, Sunday, 19 March 2006.
- "Afghan who had statues destroyed killed", Associated Press, 26 January 2007.
- Gall, Carlotta. "Afghans consider rebuilding Bamyan Buddhas", Herald Tribune, 5 December 2006.
- Harding, Luke. " How the Buddha got his wounds ", The Guardian, 3 March 2001.
- Kassaimah, Sahar. "Afghani Ambassador Speaks At USC" Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine, IslamOnline, 12 March 2001.
- Cloonan, Michele V. "The Paradox of Preservation", Library Trends, Summer 2007.
Pautan luar
- Japan made Bamiyan Buddhas offer: Taliban memoir[pautan mati kekal] Bangkok post 26 February 2010
- News articles about the Buddhas of Bamyan Diarkibkan 2007-10-23 di Wayback Machine
- Photos of the Buddhas of Bamyan Diarkibkan 2007-03-07 di Wayback Machine
- Bamyan Afghanistan Laser Project
- World Heritage Tour: 360 degree image (after destruction)
- Bamyan Development Diarkibkan 2018-12-31 di Wayback Machine Community Portal for cultural heritage management of Bamyan
- The World Monuments Fund's Watch List 2008 listing for Bamyan
- Historic Footage of Bamyan Statues, circa 1973
- http://www.buddhaeden.com
- The Valley of Bamiyan A tourist pamphlet from 1967