Gerhard Schröder

Gerhard Schröder
Schröder pada 2014
Kanselor Jerman
Dalam jawatan
27 Oktober 1998 – 22 November 2005
PresidenRoman Herzog
Johannes Rau
Horst Köhler
Naib KanselorJoschka Fischer
Didahului olehHelmut Kohl
Digantikan olehAngela Merkel
Ketua
Parti Demokrat Sosial Jerman
Dalam jawatan
12 Mac 1999 – 21 Mac 2004
Setiausaha AgungFranz Müntefering
Olaf Scholz
Didahului olehOskar Lafontaine
Digantikan olehFranz Müntefering
Presiden Bundesrat
Dalam jawatan
1 November 1997 – 27 Okktober 1998
Didahului olehErwin Teufel
Digantikan olehHans Eichel
Ketua Menteri Sachsen
Dalam jawatan
21 June 1990 – 27 Oktober 1998
TimbalanGerhard Glogowski
Didahului olehErnst Albrecht
Digantikan olehGerhard Glogowski
Ahli Bundestag
Sachsen Hilir
Dalam jawatan
26 Oktober 1998 – 24 November 2005
Kawasan pilihan rayaParty list
Dalam jawatan
29 Mac 1983 – 1 Julai 1986
Kawasan pilihan rayaParty list
Alhi Bundestag
untuk Hannover-Land I
Dalam jawatan
4 November 1980 – 29 Mac 1983
Didahului olehKawasan pentadbiran ditubuhkan
Digantikan olehDietmar Kansy
Butiran peribadi
LahirGerhard Fritz Kurt Schröder
(1944-04-07) 7 April 1944 (umur 80)
Blomberg, Negara Bebas Lippe, Jerman
Parti politikParti Demokrat Sosial Jerman
PasanganEva Schubach (k. 1968; c. 1972)
Anne Taschenmacher (k. 1972; c. 1984)
Hiltrud Hampel (k. 1984; c. 1997)
Doris Köpf (k. 1997; c. 2018)
So-Yeon Kim (k. 2018)
Anak-anak2
Alma materUniversiti Göttingen
Tandatangan

Gerhard Schröder (lahir pada 7 April 1944 di Mossenberg, Niedersachsen) adalah Kanselor Jerman untuk tempoh 1998-2005. Bapanya, Fritz Schröder ditembak mati pada 4 Oktober 1944 bersama lapan ahli pasukannya yang lain di zaman pemerintahan Adolf Hitler. Ketika itu mereka cuba melarikan diri dari desa Ceanu Mare setelah mendapat serangan tentara Romania. Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia enam bulan. Sejak peristiwa itu, ayahnya hanyalah tinggal nama bagi beliau. Bahkan, pusaranya juga tidak pernah diketahui. Pusara itu hanya ditemui setelah Gunhild Kamp-Schröder terus berusaha mengesan ayah mereka dengan bantuan Palang Merah Antarabangsa.

Hidup di dalam kemiskinan menjadi riwayat masa kecilnya. Ibunya terpaksa bekerja sebagai pembersih rumah untuk menyara lima anak. Masa kecil Schröder penuh dengan kesusahan. Setelah selesai sekolah rendah, pada umur 14 tahun, beliau mulai mengenal dunia kerja. Mulanya menjadi penjaga kedai selama tiga tahun (1959 - 1961), kemudian menjadi pekerja di bidang pembinaan sebagai pekerja kurang mahir. Ketika beliau bekerja di sektor pembinaan, Schröder bersekolah malam dan mendapat kelulusan untuk meneruskan pangajian tinggi pada tahun 1964 dalam bidang undang-undang.

Beliau lulus pada ujian peringkat pertama undang-undang di Universiti Göttingen tahun 1971, sebelum akhirnya mendapat kelayakan peguam pada tahun 1976. Beliau berkhidmat sebagai peguam bebas dari tahun 1978 - 1990 di Hannover.

Politik

Sejak muda lagi, Schröder sudah aktif berpolitik di bawah SPD dari tahun 1963. Perlahan-lahan kerjaya politiknya naik. Bermula sebagai anggota biasa SPD cawangan Hannover (1977), beliau turut berjaya memasuki Bundestag (1980 - 1986), bahkan beliau pernah menjadi ketua pembangkang di negeri Niedersachsen (1986-1990).

Tanggal 21 Jun 1990 merupakan permulaan kemuncak kariernya. Schröder meraih kerusi Ministerpräsident (jawatan ketua pemerintah di dalam sesebuah negeri di Jerman) Niedersachsen. Kemenangan SPD dalam pilihan raya negeri pada 1 Mac 1998 sebagai langkah awal menawan kubu kuat CDU yang konservatif. Namun, Schröder bukanlah seorang ideologis. Beliau kurang senang pada aneka macam teori tetapi adalah pakar dalam berkomunikasi dengan masyarakat. Dalam menghadapi pelbagai masalah, beliau lebih condong bersikap pragmatis, sekaligus populis. Beliau juga boleh menampilkan dirinya sebagai orang yang sangat pro-korporat di samping mengekalkan persepsi umum terhadapnya sebagai seorang sosialis.

Karier politiknya terus memuncak apabila parti yang dipimpinnya menewaskan musuh tradisi mereka CDU yang dipimpin oleh Kanselor Helmut Kohl dalam Pilihanraya Umum 1998 sekaligus beliau dilantik sebagai Kanselor yang baru. Kerajaannya itu telah dibentuk dengan bantuan sekutu tradisi SPD iaitu Pakatan '90/Hijau. Dalam tempoh kepimpinannya, beliau berusaha menerapkan fahaman jalan tengah dalam polisi pemerintah serta parti. Fahaman itu turut dipopularkan oleh Presiden Bill Clinton dan juga Perdana Menteri Tony Blair. Namun usahanya mendapat tentangan sayap kiri partinya sehingga menyebabkan perpecahan. Sebahagian besar ahli SPD diketuai oleh bekas Menteri Kewangan Oskar Lafontaine yang berfahaman sosialis bertindak keluar dari parti dan membentuk parti baru yang dipanggil Gabungan pengundi untuk Keadilan dan Kesaksamaan Sosial (WASG).

Walaupun menghadapi tentangan di dalam partinya, beliau berjaya mendapat sokongan pengundi dalam pilihanraya umum 2002. Hal ini berlaku kerana beliau telah bertindak untuk tidak menyokong penaklukan ke atas Iraq yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Perang itu, yang amat tidak popular di seluruh Jerman, berjaya digunakannya meraih undi untuk terus berkuasa. Namun, beberapa siri skandal yang melibatkan menteri-menteri kabinetnya selain usahanya untuk mengekang dan mengecilkan sistem kebajikan sosial di negara itu, menyaksikan partinya tewas kepada CDU di dalam beberapa pilihanraya negeri selepas itu. Pada tahun 2004 beliau bertindak meletak jawatan sebagai Pengerusi partinya kerana mahu menumpukan dirinya terhadap usaha-usaha pembaharuan yang dibawakan oleh pemerintah pimpinannya. Beliau digantikan oleh Franz Muntefering yang juga merupakan sahabat dan penyokong kuatnya di dalam parti.

Pilihanraya Umum Jerman 2005

Pada tanggal 22 Mei 2005, setelah SPD kalah kepada CDU dalam pilihanraya negeri Nordrhein-Westfalen, kubu kuat SPD, Schröder terus mengumumkan hasratnya untuk mengadakan pilihanraya umum "secepat mungkin" dan mengambil risiko kekalahan di tangan pengundi berikutan pungutan suara semasa yang langsung tidak memihak kepada partinya. Beliau sendiri telah merancang supaya pemerintah pimpinannya tewas dalam satu undi percaya di Bundestag bagi memberi laluan kepada presiden untuk membubarkan parlimen. Dalam undi tersebut pada 1 Julai 2005, ahli-ahli partinya diarahkan untuk tidak mengundi sekaligus menjamin kekalahannya kerana situasi itu telah digunakan oleh CDU dan sekutunya untuk memaksa pilihanraya mengejut diadakan.

Sebagai mengikut peruntukan Perlembagaan, Presiden Horst Kohler terpaksa membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum diadakan. Dalam pilihanraya umum itu, beliau berhadapan dengan CDU yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin meningkat popularitinya, Angela Merkel. CDU bertindak menyerang usaha-usaha pembaharuan yang dibawa oleh pemerintah pimpinan Schröder. Namun, kebijaksanaan Schroeder berkomunikasi terutamanya, dalam debat umum dengan Merkel yang dipancarkan secara langsung di televisyen, berjaya mengurangkan jurang populariti kedua-dua parti.

Pilihanraya umum pada 18 September 2005 menyaksikan parti pimpinannya kalah tipis di tangan CDU. Pilihanraya itu turut menyaksikan kemasukan Parti Kiri.PSD pimpinan bekas lawannnya dalam SPD, Oskar Lafontaine secara besar-besaran di parlimen, sekaligus merumitkan usaha-usaha membentuk pemerintah baru. Hal ini wujud kerana gabungan tradisi CDU-FDP atau SPD-Hijau tidak memiliki majoriti. Keempat-empat parti itu turut menolak kemungkinan bekerjasama dengan Lafontaine yang dianggap sebagai pemimpin radikal sayap kiri.

Melalui perundingan, SPD bersetuju untuk menyertai pemerintah campuran besar bersama-sama CDU dan Merkel akhirnya dipilih sebagai pengganti Schröder. Merkel memulakan tugasnya sebagai Kanselor pada 22 November 2005.

Rujukan

Pautan luar