Geseran epiglotis tak bersuara

Nombor AFA172
Pengekodan
X-SAMPAH\
Imej

Geseran epiglotis tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʜ (huruf H besar yang dikecilkan) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan H\ dalam X-SAMPA.

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran epiglotis tak bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah epiglotis, iaitu disebut dengan epiglotis menyentuh belakang farinks.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Disebabkan tidak disebut dengan kerongkong dan bukannya lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.