Geseran farinks bersuara

Nombor AFA145
Pengekodan
X-SAMPA?\
Imej

Geseran farinks bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʕ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan ?\ dalam X-SAMPA.

Walaupun diletakkan dalam baris geseran dalam carta IPA (di bawah), namin [ʕ] sebenarnya berbentuk malaran tak geser. Aksara IPA-nya pun kabur, kerana tiada satu pun bahasa yang dikenal pasti membezakan geseran dan malaran tak geser di daerah artikulasi ini.

Ciri-ciri

Ciri-ciri geseran farinks bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
  • Daerah artikulasinya adalah farinks, iaitu disebut dengan akar lidah menyentuh farinks.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Disebabkan tidak disebut dengan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.

Penggunaan

Bahasa Perkataan IPA Erti Nota
Arab عالم [ʕaːlam] 'alam'
Avar гӀоркь [ʕortɬʼː] 'pemegang'
Barbar Kabyle [[[Abjad Rumi Berber|ɛemmi]]] Error: {Lang}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ʕəmːi] 'bapa saudara (sebelah bapa) saya' ditulis ⟨â⟩ dalam kebanyakan bahasa Barbar yang lain[1]
Chechen Ӏан/[[[Abjad Rumi|jan]]] Error: {Lang}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ʕan] 'musim sejuk'
Ibrani עִבְרִית [ʕivˈɾit] 'bahasa Ibrani' Sebutan Mizrahi; lebih selalu disebut /ʔ/. Lihat fonologi bahasa Ibrani moden
Kurdi [[[Abjad Rumi|ewr]]] Error: {Lang}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ʕɑwr] 'awan' loghat Kurmanji
Occitan Auvergnat selatan [[[Abjad Rumi|pala]]] Error: {Lang}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ˈpaʕa] 'penyodok'
Somalia [[[Abjad Rumi|caadi]]] Error: {Lang}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [ʕaːdi] 'biasa'
Sioux Stoney marazhud [maʕazud] 'hujan'
Suryani Turoyo [[[Abjad Suryani|ܐܰܪܥܳܐ]]] Error: {Lang}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [arʕo] 'Bumi' ʕ selalunya tidak disebut dalam loghat-loghat Suryani Timur.

Rujukan