Gobiidae

Gobies
Ikan belontok hitam (Gobius niger)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Gobiiformes
Keluarga: Gobiidae
G. Cuvier, 1816

Gobiidae atau belontok merupakan sejenis keluarga ikan bertulang di bawah order Gobiiformes, salah satu keluarga ikan terbesar yang terdiri daripada lebih daripada 2,000 spesies di bawah lebih daripada 200 genera.[1] Kebanyakan ikan belontok agak kecil, biasanya kurang daripada 10 cm (3.9 in) panjangnya, dan keluarga ikan ini mempunyai beberapa jenis spesies vertebrata terkecil di dunia, seperti Trimmatom nanus dan Pandaka pygmaea. Trimmatom nanus mempunyai panjang di bawah 1 cm (0.39 in) apabila mencapai dewasa penuh, manakala panjang piawai Pandaka pygmaea ialah 9 mm (0.35 in) dengan panjang piawai maksimum yang diketahui ialah 11 mm (0.43 in). Sesetengah jenis ikan belontok besar boleh mencapai lebih daripada 30 cm (0.98 ka) panjangnya, tetapi hal tersebut agak luar biasa. Secara amnya, ikan-ikan tersebut merupakan bentos yang juga merupakan pemakan dasar laut. Walaupun hanya sedikit sahaja yang penting sebagai makanan untuk manusia, ia merupakan spesies pemangsa untuk ikan komersial lain seperti ikan tongkol, siakap dan ikan kembung. Beberapa jenis ikan belontok juga menarik dan dijadikan sebagai ikan akuarium, seperti ikan dart dari genus Ptereleotris. Hubungan filogenetik ikan belontoh telah dikaji menggunakan data molekul.[2][3]

Rujukan

  1. ^ Patzner, R.A.; Van Tassell, J.L.; Kovačić, M.; Kapoor, B.G., penyunting (2011). The Biology of Gobies. Enfield, NH: Science Publishers. m/s. 685. ISBN 978-1-57808-436-4.
  2. ^ Agorreta, A.; San Mauro, D.; Schliewen, U.; Van Tassell, J.L.; Kovačić, M.; Zardoya, R.; Rüber, L. (2013). "Molecular phylogenetics of Gobioidei and phylogenetic placement of European gobies". Molecular Phylogenetics and Evolution. 69 (3): 619–633. Bibcode:2013MolPE..69..619A. doi:10.1016/j.ympev.2013.07.017. PMID 23911892. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  3. ^ Agorreta, A.; Rüber, L. (2012). "A standardized reanalysis of molecular phylogenetic hypotheses of Gobioidei". Systematics and Biodiversity. 10 (3): 375–390. Bibcode:2012SyBio..10..375A. doi:10.1080/14772000.2012.699477.

Pautan luar