Kudis
Masalah kulit berkudis terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
(a) Kudis buta (skabies)
- Penyakit ini adalah disebabkan oleh hama gatal(betina). Ia gemar mengorek bahagian lipatan kulit dan bertelur di dalamnya.
(b) Jangkitan kulit (impetigo)
- Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Tanda-tanda
1. Skabies
- Gatal di seluruh anggota badan, terutama pada waktu malam.
- Terdapat bintik-bintik merah yang bernanah di bahagian badan yang dijangkiti.
2. Impetigo
- Mula muncul sebagai lepuh kecil. Lama-kelamaan, ia akan menggelembung dan membentuk tompok-tompok basah yang kecil berwarna merah.
- Lepuh ini akan mengeluarkan cecair.
- Secata beransur-ansur, keruping yang berwarna kuning keperangan akan muncul meliputi kawasan yang dijangkiti.
Bahagian badan yang biasa dijangkiti
1. Skabies
- Di bahagian badan, celah ketiak, keliling pusat, sendi lengan, tangan, celah-celah jari tangan dan kaki, punggung, dan kemaluan.
2. Impetigo
- Terjadi di bahagian muka, terutamanya di antara bibir atas dan hidung, lengan, tangan, dan kaki.
Cara mencegah
- Utamakan kebersihan diri. Mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan gunakan sabun dan air bersih.
- Barang keperluan seperti tuala dan baju hendaklah dijaga dengan bersih dan jangan berkongsi dengan orang lain.
- Basuh atau jemur pakaian, cadar, dan sarung di bawah cahaya matahari.
- Buka tingkap supaya cahaya matahari dapat masuk ke dalam bilik.
- Jaga kebersihan kawasan sekitar rumah.
- Tutup kudis dengan kain kapas dan plaster.
- Elakkan kudis daripada bersentuh dengan orang lain.
Berjumpalah dengan doktor sekiranya
- Kudis tidak sembuh selepas tiga atau empat hari.
- Jangkitan kulit yang lebih teruk dan merebak ke bahagian lain.