Letupan velar bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɡ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan g dalam X-SAMPA. Aksara IPA-nya sepatutnya hanya ditulis dalam bentuk huruf "g berekor terbuka" , tetapi huruf "g berekor gelung" juga boleh diterima.
Dalam bahasa Melayu, letupan velar bersuara dilambangkan oleh huruf Rumi g atau huruf Jawiݢ ga, contohnya: gagakݢاݢق, manggaمڠݢ, dan begبيݢ.
Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Carbonell, Joan F.; Llisterri, Joaquim (1992), "Catalan", Journal of the International Phonetic Association, 22 (1–2): 53–56
Cruz-Ferreira, Madalena (1995), "European Portuguese", Journal of the International Phonetic Association, 25 (2): 90–94
Fougeron, Cecile; Smith, Caroline L (1993), "Illustrations of the IPA:French", Journal of the International Phonetic Association, 23 (2): 73–76
Gussenhoven, Carlos (1992), "Dutch", Journal of the International Phonetic Association, 22 (2): 45–47
Jassem, Wiktor (2003), "Polish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (1): 103–107
Martínez-Celdrán, Eugenio; Fernández-Planas, Ana Ma.; Carrera-Sabaté, Josefina (2003), "Castilian Spanish", Journal of the International Phonetic Association, 33 (2): 255–259
Merrill, Elizabeth (2008), "Tilquiapan Zapotec", Journal of the International Phonetic Association, 38 (1): 107–114
Okada, Hideo (1991), "Phonetic Representation:Japanese", Journal of the International Phonetic Association, 21 (2): 94–97
Padgett, Jaye (2003), "Contrast and Post-Velar Fronting in Russian", Natural Language & Linguistic Theory, 21 (1): 39–87
Rogers, Derek; d'Arcangeli, Luciana (2004), "Italian", Journal of the International Phonetic Association, 34 (1): 117–121
Shosted, Ryan K.; Vakhtang, Chikovani (2006), "Standard Georgian", Journal of the International Phonetic Association, 36 (2): 255–264
Watson, Janet (2002). The Phonology and Morphology of Arabic. New York: Oxford University Press.