Nero

Nero

Nero Claudius Caesar Augustus Germanicus (15 Disember 379 Jun 68), lahir sebagai Lucius Domitius Ahenobarbus, juga dikenali sebagai Nero Claudius Drusus Germanicus, merupakan Maharaja Roman kelima dan terakhir bagi dinasti Julio-Claudian (5468). Nero menjadi waris kepada Maharaja Claudius, yang merupakan datuk saudara dan bapa angkatnya. Sebagai Nero Claudius Caesar Drusus, dia menaiki takhta pada 13 Oktober 54 berikutan kematian Claudius. Pada 66, dia menambahkan awalan Imperator kepada namanya. Pada 68, Nero ditumbangkan. Kematiannya berikutan itu dilaporkan sebagai bunuh diri dengan dibantu oleh penulisnya Epaphroditos.

Legenda popular mengingati Nero sebagai playboy yang suka bermain-main tanpa menghiraukan masalah bandar dan empayar Rom, maharaja yang secara metafornya "fiddled while Rome burned". Kerana sifat boros dan peliknya, dia secara tradisi dianggap sebagai Maharaja Gila, yang mana yang pertama ialah Caligula.

Rujukan

Pautan luar